Pengarah Urusan Fujiflm Malaysia, Fumiaki Sato berkata, selain fungsi biasa yang membolehkan pengguna mengambil gambar, SQ20 kini dilengkapi fungsi 'Motion Mode' yang membolehkan pengguna merakam video sehingga 15 saat.

"Sejak 1998, siri produk Instax telah digunakan di seluruh dunia dan jumlah penghantaran global bagi kamera ini telah melebihi 30 juta unit.

"Kami di Fujifilm akan terus memperluaskan sistem kamera segera, Instax untuk membolehkan semua peringkat umur dapat merakam detik-detik gembira dan mencetaknya terus dari kamera," katanya.

Yang turut hadir, Ketua Bahagian Pengimejan Elektronik dan Instax Fujiflm, Hon Soon Teng.

SQ20 kini boleh didapati di semua pengedar sah Fujifilm di seluruh negara dengan harga pakej bagi pembeli terawal bernilai RM888 yang merangkumi satu unit beg kamera dan satu pek filem instax Square.-UTUSAN ONLINE