Ia hadir dengan skrin seluas 6.5 inci bertakuk serta dwikamera belakang yang menggabungkan 20 MP + 2 MP, selain kamera hadapan 16 MP.

Ketuanya, George Zhao Zhowei berkata, model kompetitif ini turut dilengkapi dengan teknologi GPU Turbo terbaharu yang mampu memberi kepuasan kepada keperluan semua pengguna telefon pintar tanpa mengira profesion, jantina, hobi atau kepentingan.

“ Honor direka untuk memenuhi keperluan pengguna digital melalui produk yang tiada tandingannya dengan menjadi jenama yang muda, inovatif dan terkini.

“Oleh itu, kami memberikan prestasi yang mantap kepada pengguna dengan cip pemprosesan Kirin 710, memori 4 GB RAM dan ruangan storan sebesar 128 GB,“ katanya.

Selain itu, telefon pintar ini juga mempunyai teknologi pencahayaan potret 3D yang membolehkan pengguna untuk terus mencantikkan foto yang sudah mempunyai kesan ‘bokeh’ yang tepat.

Sebanyak 1,000 unit telah terjual sejak telah mula dijual di pasaran dengan pilihan warna hitam dan biru.

Spesifikasi

  • Skrin : 6.50 inci bertakuk
  • Kamera : 20 MP +2MP (belakang) 16 MP (depan)
  • Bicu Audio : 3.5 mm
  • Bateri : 3750 mAh
  • Sim : Dwi-SIM
  • Cip pemprosesan : Kirin 710
  • Warna : Hitam , Biru
  • Harga : RM949