Honor Malaysia, sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang memahami jiwa remaja, baru-baru ini melancarkan Honor Play yang dicipta khas buat kaki permainan video.

Telefon pintar yang memfokuskan permainan mudah alih turut dilengkapi cip pemprosesan Kirin 970 malah dengan sokongan GPU Turbo pasti menawarkan operasi ooptimum penggunaan grafik untuk permainan mudah alih.

Ketua Honor Malaysia, Zhao Zhi Wei berkata, walaupun bermain dalam tempoh yang sama, teknologi dalam pembikinan telefon pintar itu tidak akan menyebabkan telefon menjadi panas dan operasi video terhenti.

“Malah melalui paparan skrin besar 6.3 inci pasti memberi visual yang baik.

“Bukan itu sahaja, telefon itu turut dilengkapi 4D Experience yang memberikan pengalaman gegaran yang berbeza mengikut sesuatu permainan serta bunyi yang lebih baik.

“Ini menjadikan pengalaman bermain permainan video semakin menarik,” katanya pada majlis pelancaran telefon tersebut di ibu negara, baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, hanya dua permainan mudah alih sahaja yang disokong bawah GPU Turbo iaitu PUBG Mobile dan Mobile Legends.

SPESIFIKASI

Paparan : 6.3 inci
Saiz : 157.9 mm X 74.3 mm X 7.5 mm
Berat : 176 g
Perisian : EMUI 8.2.0 (Android 8.1)
Prosesor : Huawei Kirin 970 10 nm, octa-core
RAM : 4 Gb
Bateri : 3,750 mAh
Kamera : 16 MP + 2 MP
Ciri-ciri permainan : GPU Turbo, pengalaman bermain permainan 4D dengan gegaran pintar, audio sekeliling 3D
Warna : Biru dan ungu
Harga : RM1,249