OPPO dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menyatakan, kedua-dua selebriti berkenaan dipilih sebagai duta peranti terbaharu keluarannya, OPPO F9 berdasarkan keperibadian luar biasa mereka.

Menurut syarikat itu, keperibadian luar biasa kedua-dua selibriti berkenaan memberikan definisi kepada gabungan warna biru lembut dan merah menyala yang membentuk warna Starry Purple telefon pintar OPPO F9.

“Keperibadian Ayda Jebat yang bertenaga dan mesra menggambarkan warna ungu itu sebagai lambang personaliti yang menawan serta hebat manakala suara Hebe yang lunak merdu pula telah berjaya menambat hati para peminat.

“Kedua-dua selebriti ini memberi kewajaran kepada takrifan yang diberikan kepada warna itu,” katanya.

Kenyataan itu juga memaklumkan, satu pertandingan fotografi turut diadakan bersempena dengan pelancaran OPPO F9 Starry Purple berkenaan.

Untuk menyertai pertandingan yang bermula dari 16 hingga 27 September itu, peserta hanya perlu memuat naik gambar yang mempunyai warna ungu seperti gaya rambut, solekan, pakaian, perhiasan atau pemandangan ke laman Facebook OPPO.

Peserta juga dikehendaki memberikan kapsyen yang bersesuaian untuk menggambarkan semangat warna ungu dan meletakkan tanda pagar #LiveMyStyle #OPPOF9.

Penyertaan yang terbaik akan menerima dua tiket ke Pesta Pelancaran OPPO F9 Starry Purple dan berpeluang untuk meluangkan masa bersama Hebe dan Ayda Jebat.

Untuk makluman, telefon pintar OPPO F9 telah terjual sebanyak 32 unit setiap minit pada hari pertama jualannya memecahkan rekod jualan OPPO F7.

Berikut adalah perincian OPPO F9 -

Teknologi pengecasan pantas VOOC Flash Charge

Siri F pertama didatangkan dengan kamera belakang berkembar 16MP dan 2MP

Paparan FHD+ AMOLED 6.3 inci dengan rekabentuk skrin Waterdrop

OPPO F9 mempunyai ratio skrin ke badan 90.8%

Cip pemproses Mediatek Helio P60 6GB RAM

Memori 64GB ROM dengan slot SD tambahan untuk memori sehingga 256GB