Tetapi tidak bagi Honor yang memilih untuk sentiasa membuat penambah baik terhadap setiap produk keluarannya mengikut kehendak dan keperluan semasa.

Honor akhirnya memperkenalkan Honor 20 Pro yang memasuki pasaran Malaysia bulan ini.

Memperjudikan kelebihan empat kamera utama, sudah pastinya telefon pintar itu dinantikan oleh pelanggan setianya mahupun anak muda yang mementingkan kesempurnaan dalam setiap foto yang dihasilkan.

Ketika Honor memperkenalkan produk terbaharunya itu di London pada Mei lalu, Honor 20 Pro disifatkan sebagai bukan calang-calang peranti apabila dilengkapi empat kamera utama yang menyokong tiga kali ganda lossless optikal zoom dan 30 kali ganda digital zoom, selain mampu merakam penggambaran makro pada jarak empat sentimeter (sm).

Sementara kamera hadapan tampil dengan 32 megapiksel AI Selfie yang pastinya menghasilkan foto swafoto yang menarik, cantik dan seperti profesional.

Dijangka hadir dengan spesifikasi terkini, Honor 20 Pro dilengkapi skrin berukuran 6.26 inci dengan paparan berlubang.

Selain itu, turut dilengkapi GPU Turbo 3.0 yang pasti memberi prestasi terbaik sepanjang masa.

SPESIFIKASI

Paparan: 6.26 inches
Saiz: 154.6 x 74 x 8.4 mm
Resolusi: 1080 x 2340 piksel
Berat : 182 g
Sistem operasi: Android 9.0 (Pie); Magic 2.1
Kamera utama : 48 MP, 8 MP, 16 MP, 2 MP
Kamera belakang : 32 MP
Bateri : 4000 mAh
Warna : Biru dan hitam