AZMAN SHAH ISMAIL
AZMAN SHAH ISMAIL

Sehubungan itu, orang ramai termasuk para pelajar sekolah adalah dinasihatkan supaya tidak menjalankan aktiviti luar sepanjang hari.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Azman Shah Ismail berkata, bacaan IPU itu diperoleh dari stesen Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini.

Katanya, bacaan yang direkodkan pada pukul 11 pagi ini menunjukkan bacaan 160 tetapi menurun kepada 154 pada tengah hari dan petang.

“Berbanding semalam, pada pukul 11 pagi, bacaan IPU direkodkan adalah 154 iaitu berlaku peningkatan pada hari ini (160).

“Peningkatan IPU tidak sihat ini turut direkodkan di stesen-stesen di utara tanah air,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, terdapat dua faktor menyumbang kepada peningkatan IPU itu iaitu pencemaran merentas sempadan di negara jiran dan pembakaran jerami oleh pesawah di negeri ini.

“Kita telah mengeluarkan surat kepada pihak berkaitan seperti Jabatan Pertanian negeri dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) agar menghentikan sementara pembakaran jerami bagi mengawal situasi ini.

“JAS juga mencadangkan Jabatan Pendidikan negeri supaya menangguhkan sementara aktiviti luar melibatkan pelajar-pelajar sekolah,” katanya. - UTUSAN ONLINE