Cara ini memastikan apa yang dipelajari dapat diingati dan mengenali tentang haiwan liar itu lebih cepat, dan pada masa yang sama, menjadikan pembelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan.

Kaedah ini yang dipraktikan oleh Sunway Lagoon Wildlife Park melalui program pendidikannya dalam memberi peluang kepada kanak-kanak, remaja, pelajar sekolah serta seisi keluarga meneroka dunia haiwan di Taman Tema Sunway Lagoon.

Renjer-renjer di taman hidupan liar terbesar itu akan memberitahu anda tentang 150 spesies haiwan yang menghuni taman tersebut. Anda bukan sahaja boleh bermain dengan arnab, burung kakak tua dan monyet di Pet Village tetapi anda juga dapat menyaksikan binatang-binatang lain seperti ular, kuda padi, rusa dan sebagainya.

Pastinya pengunjung sukakannya kerana selain dapat berinteraksi dengan binatang-binatang yang jinak, mereka juga dapat mempelajari daripada penjaga di situ bagaimana hendak mengendalikan binatang-binatang di situ selain menghormatinya.

Bukan itu sahaja, taman tema yang berkonsep interaktif itu membolehkan pengunjung menyaksikan persembahan daripada binatang-binatang yang telah dilatih di Wildlife Theatre seperti burung-burung, bergambar bersama ular atau bermain dengan haiwan seperti arnab atau guinea pigs yang tergolong dalam keluarga tikus.

Selain berpeluang melihat hidupan liar ini, mereka juga dapat meningkatkan pengetahuan dan pembelajaran mengenai hidupan liar tentang asal usul binatang-binatang yang terdapat di dalam taman ini selain memupuk semangat sayangkan haiwan dan alam semulajadinya.

Taman tema Sunway Lagoon bukan sekadar menyediakan Sunway Lagoon Wildlife Park dan pantai di tengah-tengah bandar sahaja, malah ia adalah tarikan dan lokasi unik bagi pelbagai acara dan aktiviti dari seluruh dunia.

Malah taman tema itu turut menawarkan 80 jenis keriangan menarik yang anda boleh dapati di dalam beberapa taman tema di dalamnya.

Selain menawarkan pelbagai keriangan dan aktiviti menarik, ia juga menjadi lokasi bagi pelbagai aktiviti dari majlis hari jadi sehingga pelancaran mega produk terkemuka pada bila-bila masa.

Ia juga merupakan lokasi yang sesuai untuk sesebuah syarikat meningkatkan semangat kakitangan dengan menganjurkan hari keluarga atau makan malam team building.

Taman Tema Sunway Lagoon memulakan operasi dari pukul 10 pagi hingga 6 petang pada hari biasa (kecuali Selasa), manakala pada hujung minggu hari Sabtu, Ahad serta cuti persekolahan, waktu operasinya dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian khidmat pelanggan 03-56390000 atau layari www.sunwaylagoon.com.