Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik dalam ucapan beliau tidak canggung menyebut Utusan bila mana mengimbas sejarah.

Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Media dan Komunikasi, Datuk A. Kadir Jasin ketika menyampaikan kata-kata hikmah memperakukan pengiktirafan MPI kepada 
Tan Sri Johan

ALLAHYARHAM ABDUL RAHIM KAJAI
ALLAHYARHAM ABDUL RAHIM KAJAI 

Jaaffar sebagai Tokoh Wartawan Negara juga tidak lekang menyebut Utusan. Tiba giliran Johan turut mengiktiraf Utusan wadah orang Melayu.

Tumpang yang turut hadir membisikkan kepada rakan seperjuangan satu ofis di sebelah, dalam nada bersyukur: “Utusan...Utusan lagi...Alhamdulillah”.

Dan rupanya ungkapan Utusan yang berulang kali itu bak ‘masin mulut’ dengan terbukti apabila dua wartawan Kosmo! daripada Kumpulan Utusan diumumkan menang anugerah Kajai - pengiktirafan tertinggi karya kewartawanan di negara ini.

Syabas buat Luqman Ridhwan Mohamed Nor dan Ahmad Mustakim Zulkifli. Juga tahniah kepada dua rakan baik Tumpang, Mohammad Yasir Jaafar dan kartunis, Norkamaro Mohd. Noor. Utusan tatap berbisa...well done, kata seorang rakan dari sebuah agensi berita yang duduk semeja dengan Tumpang.

Utusan pasca PRU-14 ada perbezaan dari segi pengisian laporan berita dan kolum rencananya. Kini, lebih terbuka, check and balance, dengan 
teras perjuangkan agenda Melayu dan Islam tetap di puncaknya.

DR. MASZLEE MALIK
DR. MASZLEE MALIK 

Tumpang senada dengan ulasan Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam wawancara dengan akhbar ini 29 Disember tahun lepas.

Kata Mohamad: Utusan Malaysia perlu membawa suara rakyat, jangan jadi suara UMNO, saya tidak minta Utusan Malaysia menjadi suara UMNO tetapi menjadi suara rakyat. Sentimen dekat dengan rakyat itu perlu ada, kalau bawa suara UMNO untuk mempromosikan saya buat apa?

“Apa yang saya hendak adalah pungut suara rakyat di Felda dan Felcra yang sudah lima bulan tidak menerima elaun dan bagaimana susahnya ibu tunggal,” kata Mohamad yang semua maklum sikap terus terangnya.

Menelusuri sejarah, Tumpang suka menyorot kata-kata Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak ketika merasmikan bangunan tambahan Utusan Melayu pada 22 Jun 1972. Kata Tun Razak, Utusan Melayu masih tetap memegang peranan sebagai lidah umat Me­layu.

Hashim Hassan (1982: 432) menekankan bahawa orang Melayu sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan dasar Utusan Melayu atau lidah pengarang Utusan Melayu, tetap mahu melihat syarikat Utusan maju dan berjaya sebagai sebuah syarikat perniagaan.

Malah Tun Razak pada 22 Jun 1972 pernah berkata bahawa orang Melayu sedar bahawa lidah pengarang Utusan mencerminkan fikiran masa kini sejumlah besar rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu.

JOHAN JAAFFAR
JOHAN JAAFFAR 

Allahyarham A.Samad Ismail dalam buku A. Samad Ismail: Ketokohan dan Kewartawanan (1991) menyifatkan Bapa Wartawan Melayu yang juga pengarang Utusan, Abdul Rahim Kajai sebagai seorang pe­ngarang, medan perjuangannya ialah suratkhabar, senjatanya ialah pena.

Tumpang petik semula kata-kata Johan, Tokoh Wartawan Negara ini tiga hari lepas:

“Pengasas Utusan Melayu telah meletakkan penanda aras yang tinggi untuk kecemerlangan kewartawanan Utusan. Utusan disegani kerana keberanian dan kejujurannya. Suara Utusan digeruni.”

Tulisan Tumpang ini terlalu kecil untuk dibandingkan dengan keberanian anak-anak Utusan sejak lapan dekad lalu.

Karyawan Utusan bukan sahaja menjadi pelapor berita, penganalisis peristiwa dan perakam zaman, malah sebahagian daripada mereka juga terlibat dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara.

Utusan biarpun jarang disebut apabila memperkatakan sejarah negara tetapi wadah perjuangan yang dilahirkan dengan darah dan air mata ini tetap tiada duanya.

Kerana itu perjuangan untuk bangsa dan negara yang menjadi teras Utusan tidak pernah berubah sejak dulu hingga kini.