Se­lain itu, beliau turut meng­hasilkan memoir sendiri yang bertajuk On Writing: A Memoir of the Craft pada tahun 2000. Buku ini bukan sahaja mengisahkan kehidupan beliau malah turut memuatkan tips-tips berguna untuk para penulis khasnya dalam genre fiksyen.

Memoir beliau juga mempunyai unsur-unsur jenaka yang membuatkan pembacaan buku ini suatu pengalaman yang menghiburkan. Beliau turut menjelaskan gaya penulisan sendiri yang mungkin berbeza daripada penulis lain.

Antara tips berguna yang beliau kongsikan ialah tegas mengikuti rutin harian seperti waktu menulis dan waktu tidur yang tetap. Waktu pagi merupakan waktu utama beliau untuk menulis, dan beliau menulis hampir se­tiap hari sepanjang ta­hun.

Beliau turut men­cadangkan tempat khas untuk menulis seperti bilik khas berbanding sering bertukar tem­pat menulis. Bagi be­liau, jika boleh, tiada televisyen atau per­mainan video untuk berhibur, tiada telefon untuk berhubung ser­ta langsir menutupi tingkap kerana beliau mahukan tiada se­barang gangguan se­masa menulis.

Wa­lau­ bagaimanapun, beliau mendengar mu­­zik sebagai cara mengasingkan di­ri dari dunia luar.

Selain itu, beliau turut menegaskan kepentingan mem­baca setiap hari se­lama empat ke enam jam sehari dalam aktiviti harian be­liau. Membaca adalah penting kerana ia memudahkan proses menulis.

Kerap membaca membolehkan kita membina set minda atau mindset yang membolehkan kita menulis dengan penuh semangat tanpa kita sedari. Membaca juga memperbanyak ilmu pengetahuan dan seterusnya mencambah idea penulisan.

Sebagai kesimpulan, buku On Writing: A Memoir of the Craft karya Stephen King merupakan satu memoir menarik untuk dibaca demi mendapatkan inspirasi dalam berkarya, memahami gaya penulisan berkesan untuk kisah fiksyen, serta mendapatkan tips-tips menarik untuk menjadi penulis terkemuka seperti beliau.