Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sepakat perangi pelampau

ANGGOTA Unit Tindakan Khas (UTK) Polis berjalan keluar dari sebuah
ANGGOTA Unit Tindakan Khas (UTK) Polis berjalan keluar dari sebuah rumah yang menjadi tempat persembunyian pengganas Sulu di Lorong Empat, Simunul, Semporna, Sabah, pada 28 Mac 2013. GAMBAR HIASAN

MALAYSIA sekali lagi akan meraikan tarikh bersejarah selepas 31 Ogos iaitu 16 September 2017 bagi mengenang sejarah penyatuan Semenanjung Tanah Melayu dengan Kepulauan Sabah dan Sarawak yang membentuk Persekutuan Malaysia. Biarpun terdapat segelintir pihak beranggapan memperoleh kemerdekaan dan menyatukan negara melalui meja rundingan bukanlah cara anak jantan, tetapi tempoh 446 tahun bangsa terdahulu telah lalui detik yang sukar dalam soal mempertahankan maruah tanah air tidak sesiapa boleh nafikan keperitan yang sangat dahsyat.

Jika mahu bercerita tentang menuntut kemerdekaan secara anak jantan, kisah Tok Janggut, Dol Said, Rentap, Mat Kilau harus diangkat kembali bagi menyanggah dakwaan mereka yang memperkecilkan nilai kemerdekaan kita. Naratifnya, maruah Tanah Melayu yang hilang selama 446 tahun telah diperoleh dengan melalui beberapa fasa termasuk secara anak jantan oleh tokoh pejuang terdahulu serta fasa kebijaksanaan pemimpin di seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Sambathan dan Tun Tan Cheng Lock.

Biarpun generasi pasca merdeka ini tidak pernah merasai sendiri kesukaran hidup di bawah cengkaman penjajah, tetapi sejarah cerminan terbaik untuk dijadikan teladan dan iktibar. Kejayaan mengembalikan kemerdekaan daripada British pada 1957 bukanlah satu jaminan bahawa nikmat kesejahteraan ini mampu bertahan lama. Jika gambaran mendapatkan kemerdekaan itu sesuatu yang sukar, mempertahankan kedaulatan negara juga akan berhadapan dengan kesukaran.

Dua belas tahun selepas merdeka, kita pernah melalui sejarah pahit iaitu peristiwa pergaduhan kaum 13 Mei 1969 yang terbesar dalam negara dan mengorbankan seramai 196 orang rakyat Malaysia. Sejarah hitam ini bermula apabila wujudnya kumpulan pelampau politik khususnya fahaman komunisme yang meniup api perkauman sewaktu kempen pilihan raya umum 1969.

Keadaan yang huru-hara ketika itu telah memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat dan mewujudkan Mageran. Ancaman pelampau seperti yang pernah terjadi pada 1969 tidak boleh dipandang mudah oleh masyarakat dan pihak berkuasa. Kumpulan pelampau seperti ini sentiasa mengintai peluang untuk mereka mencari pengikut yang bagi menjadikan mereka entiti yang berpengaruh sekaligus menggugat keselamatan negara.

Kepelbagaian masyarakat di Malaysia mengikut kaum dan agama sebenarnya adalah aset yang cukup bernilai kepada negara, namun ia mampu menjadi penyebab kepada wujudnya pelampau agama, politik dan perkauman. Jika kepelbagaian ini tidak diurus dengan baik oleh pemerintah, pihak pelampau yang ekstremis akan menjadikannya sebagai asas gerakan berbentuk ganas bertentangan dengan undang-undang negara.

Pada 2000, negara pernah berhadapan dengan kumpulan pelampau agama iaitu gerakan Al-Ma’unah yang mendapat reaksi pelbagai pihak. Militan terdiri daripada bekas tentera yang terkenal dengan keberanian melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api kemudian berselindung di Perak.

Operasi membanteras kumpulan pelampau tersebut telah mengorbankan tiga nyawa termasuk dua orang pihak keselamatan dan seorang ahli Al-Ma’unah. Dua peristiwa seperti pelampau komunis pada 1969 dan Al-Ma’unah pada 2000 berjaya ditumpaskan oleh pihak ke­selamatan, namun yang menjadi persoalan, kenapa masih wujud gerakan pelampau seperti ini dalam negara Malaysia? Apakah undang-undang dalam negara kita seperti Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) dan Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) mampu membendung penularan elemen keganasan dan pelampau masa kini?

Tangkapan Siti Noor Aishah pada Mac 2017 kerana dipercayai terlibat dengan Daesh serta insiden kematian Abu Afghan juga rakyat Malaysia di Syria yang terlibat dengan kumpulan sama memberi gambaran bahawa ancaman kumpulan pelampau masih lagi menular dalam negara ini. Mereka bukan sahaja berselindung di sebalik agama, tetapi ada menggunakan topeng politikus, pengajar, mahasiswa dan sebagainya bagi mengaburi pihak berkuasa.

Laporan oleh Bahagian Anti Keganasan Bukit Aman iaitu seramai 315 individu telah ditahan terlibat de­ngan Daesh di Malaysia sehingga tahun 2017 perlu diberi perhatian oleh masyarakat. Inilah kumpulan pelampau moden yang merupakan satu ancaman bentuk dalaman dan perlu dilihat secara serius oleh masyarakat Malaysia.

Terbaharu kita telah dikejutkan dengan kes tangkapan kumpulan militan Abu Sayyaf oleh (E8) cawangan khas Bukit Aman kerana dipercayai telah merancang untuk membuat serangan ketika upacara Penutup Sukan SEA ke-29 (KL2017) dan Sambutan Ambang Merdeka ke-60 di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Terdapat enam daripada lapan ahli kumpulan militan tersebut adalah rakyat Malaysia berusia sekitar 25 hingga 50 tahun.

Selain daripada pelampau agama, Malaysia juga tidak terkecuali dengan ancaman pelampau politik dan perkauman yang sangat berisiko kepada payung ke­amanan. Sejak 2012, telah wujud pelampau politik yang cuba mencetuskan sentimen kenegerian khususnya me­libatkan Sabah dan Sarawak. Demi mengaut keuntungan peribadi, politikus-politikus ini cuba melaungkan slogan Sabah for Sabahan atau dikenali sebagai Borneonisasi sekali gus menjadi wabak kepada segelintir masyarakat yang akhirnya perpaduan rakyat yang terjalin sejak 1963 menjadi longgar dan goyah.

PENULIS ialah Pegawai Biro Tatanegara Negeri Perak.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain