Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Selamat tinggal, ‘kabel’!

FASHION Valet yang diasaskan oleh Vivy Yusof dari Malaysia adalah
FASHION Valet yang diasaskan oleh Vivy Yusof dari Malaysia adalah antara laman web terbesar di Asia yang menawarkan jualan pelbagai barangan yang dikeluarkan pereka fesyen terkenal.

Tahun 2017 bakal me­labuhkan tirai suku pertamanya. Bagi pemilik-pemilik perniagaan pencapaian suku pertama ini amat pen­ting bagi menilai kemampuan perniagaan bagi tahun ini dan mengatur strategi bagi baki suku tahun yang tinggal.

Semakin nyaring keluh-ke­sah masyarakat terhadap keada­an ekonomi yang menghimpit, semakin hebat juga cerita-cerita kejayaan ramai orang muda membina empayar perniagaan mereka.

Kita juga sering mendengar mantera bahawa pada setiap krisis itu, pasti akan muncul peluang-peluang baharu. Kebetulan 2017 telah diisytihar sebagai tahun untuk perniagaan baharu (start-up) dan per­usahaan kecil dan sederhana (PKS). Maka pelbagai kemudahan kewangan dan geran yang telah ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan dengan jumlah mencecah RM200 juta kepada generasi muda terutamanya untuk mengambil peluang dalam sektor baharu yang dipanggil start-up ini.

Pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan beberapa garis panduan baru bagi memudah cara suntikan dana yang sebelum ini hanya terhad kepada pinjaman perbankan sahaja seperti pendanaan modal ekuiti dan dana peer to peer (P2P).

Perniagaan start-up ini tidak lagi baharu di negara-negara maju. Fenomena syarikat gergasi seperti Facebook, Google dan banyak lagi telah membuka ruang baharu kepada ge­nerasi muda yang memiliki idea krea­tif dan mampu dikomersialkan.

Di Malaysia, perbincangan mengenainya masih hangat. Secara ringkasnya, perniagaan start-up adalah perniagaan yang baru dimulakan oleh orang perseorangan atau syarikat yang memberi penekanan terhadap aspek inovasi. Kebia­saannya ia amat berkait rapat dengan peng­upayaan melalui teknologi.

Sebagai seorang peguam yang terlibat secara langsung dengan perniagaan start-up ini, penulis dapati bahawa cara para usahawan ini berfikir amat berbeza dan lebih terbuka. Mereka percaya bahawa ke­upayaan perniagaan adalah terletak pada kekuatan idea perniagaan di samping peribadi yang kental. Mereka tidak suka bergantung kepada orang lain atau terikat dengan sesuatu komitmen yang terlalu panjang. Mereka yakin bahawa diri sendiri adalah kunci kepada kejayaan perniagaan dan bukan ‘kabel’.

Dalam masyarakat Melayu, terma kabel begitu luas digunakan bagi menggambarkan pe­ngaruh orang besar atau orang dalam bagi sesuatu urusan. Melalui kabel, seseorang akan mendapat sesuatu kontrak bukan kerana merit tetapi kerana faktor hubungan dengan ‘kabel’ tadi. Biasa saya ditanya oleh seorang kenalan, “Mesti kena pakai kabel besar kalau nak berjaya sebagai peguam?”

Kenyataan itu tidak salah sama sekali kerana si penanya bertanya berdasarkan persepsi umumnya mengenai hal ini. Saya masih percaya ‘kabel’ boleh membantu seseorang dalam perniagaan, tetapi landskap perniagaan hari ini memungkinkan hipotesis tersebut disangkal.

Sejak adegan start-up meledak di Malaysia, kita me­nyaksikan kemunculan ratusan perniagaan yang dikemudi anak muda yang sangat berjaya. Nama-nama besar seperti lorry.com, Kaodim, Fashion Valet , Katsana dan lain-lain sebahagian contoh mereka yang meletakkan keupayaan idea dan peribadi mengatasi yang lain. Perniagaan ini rata-rata diterajui oleh generasi muda di bawah usia 30-an dan berjaya mendapatkan pelaburan besar daripada modal teroka dari Lembah Silikon seperti 500 startup, Elixir Capital, Beenext dan banyak lagi. Ada yang te­lah mencecah nilai perniagaan sehingga puluhan juta walaupun hanya tiga tahun berada di pasaran.

Hakikatnya untuk berjaya dan pergi lebih jauh dalam perniagaan, usahawan memerlukan teknik Know-How lebih dari Know-Who. Mempunyai jaring­an perniagaan dan kenalan memang penting tetapi bukanlah tiket untuk berjaya dan bertahan dalam perniagaan. Dari segi praktikal, kabel pun kalau tidak berfungsi, tidak akan dapat memindahkan kuasa kepada per­alatan yang lain. Jadi, saya secara peribadi tidak bersetuju dengan premis bahawa kalau tidak ada ‘kabel’, susah untuk berjaya dalam perniagaan.

Walau siapapun anda dan latar belakang keluarga anda, yang penting adalah idea dan mempunyai sikap yang betul untuk berjaya. Di waktu gra­duan tempatan sudah mula berpeluh mencari peluang kerjaya, kesedaran untuk menceburi bidang keusahawanan ini semakin tinggi. Ini perkembangan yang amat memberangsangkan. Dalam masa sama, kursus-ku­rsus keusahawanan pun sema­kin murah dan mudah didapati. Ramai orang juga sudah menjadi pakar keusahawanan. Cuma yang saya risaukan jangan sampai jumlah pakar lebih daripada pelajar!

PENULIS ialah seorang peguam.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain