Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sama-sama jaga keselamatan pelumba di lebuh raya

KHAMIS lalu sukan tanah air dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan empat atlet berbasikal negara termasuk dua pelumba Para ASEAN dan ketua jurulatih di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar).

Mat Sport
Mat Sport

Ini bukan kali pertama sukan berbasikal terutama pelumba lebuh raya mengharungi malang seperti itu. Hampir setiap tahun pasti ada insiden ngeri berlaku ke atas mereka.

Mat takut, kalau satu hari nanti kita ketandusan atlet berbasikal lebuh raya gara-gara masalah ini berterusan tanpa titik noktah.

Kalau diikutkan, sukan berbasikal lebuh raya adalah bidang yang agak berbahaya kerana ia bukan dimainkan di dalam gelanggang malah mereka terdedah dengan peng­guna-pengguna lebuh ra­ya lain.

Sekali pun seseorang pelumba itu memenuhi aspek ke­selamatan namun kemalangan ada kala­nya di luar jangkaan. Nama pun atlet berbasikal lebuh raya, mana lagi mereka nak berlatih melainkan atas jalan raya?

Yang penting mereka ikut prosedur yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Tetapi bagi Mat, apa yang paling mustahak adalah semua pihak perlu memainkan pe­ranan masing-masing.

Kita perlu mencari mekanisme terbaik untuk mencari jalan penyelesaiannya. Mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna jalan raya lain juga perlu kerana kita berkongsi jalan raya.

Mereka (pelumba-pelumba, jurulatih, van pengiring dan pengguna jalan raya) perlu berwaspada dan yang penting mempunyai penumpuan yang tinggi ketika memandu mahupun menunggang.

Ini tidak, Mat pernah dengar daripada atlet sendiri cerita, ada sesetengah pengguna jalan raya bertindak biadab terhadap mereka. ‘Woi nak berlatih tempat lainlah’ adalah antara laungan pengguna jalan raya lain kepada atlet kita.

Bagi Mat, apa salahnya kita sama-sama bertoleransi, berikan sokongan kepada atlet kita. Mereka ingin mengharumkan nama negara mengikut kemampuan diri.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain