Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BUKU ini diterbitkan sebagai panduan terkini kepada ahli akademik dan semua pihak yang terlibat dengan penggubalan dan pelaksanaan dasar serta undang-undang berkaitan komunikasi dan multimedia di Malaysia.

 

Langkah itu cukup penting kerana setelah hampir dua dekad Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 diperkenalkan terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam dua bidang itu.

Ketika akta itu mula diperkenalkan pengguna hanya memperoleh khidmat pesanan ringkas (SMS) dan komunikasi selular generasi kedua (2G).

Keadaan sekarang adalah cukup berbeza dengan pe­ngenalan aplikasi WhatsApp dan perkhidmatan komunikasi selular generasi keempat (4G) yang membolehkan sesuatu maklumat itu disebarkan dengan lebih pantas.

Sejajar perubahan pantas bidang komunikasi dan multimedia dengan pengenalan inovasi baharu maka dasar dan undang-undang perlu dikemas kini dengan cepat bagi memastikan dua bidang itu tidak membawa kesan buruk kepada masyarakat.

Antara perkara utama yang ditekankan dalam buku ini adalah berhubung kesan pengenalan projek Komuniti Pintar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di seluruh negara.

Projek yang diperkenalkan oleh MCMC pada awal 2015 di Kemaman, Terengganu, telah diperluaskan ke daerah-daerah lain seluruh negara.

Matlamat projek itu adalah bagi membolehkan masyarakat pedalaman menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) se­perti penduduk bandar.

Keperluan pertama bagi sesebuah komuniti pintar adalah kelengkapan infrastruktur komunikasi dengan syarikat telekomunikasi meningkatkan jangkauan liputan dan kelajuan perkhidmatan jalur lebar di kawasan berkenaan menerusi teknologi fiber dan 4G.

Pengenalan kemudahan itu membolehkan penduduk di luar bandar menggunakan ICT untuk menambah ilmu dan memasarkan produk yang dihasilkan mereka.

Dalam pada itu, buku berkenaan terus menyentuh me­ngenai big data (data raya) yang telah tersedia ada dalam Internet yang boleh disifatkan sebagai ‘lubuk harta karun’.

Data raya adalah maklumat berselerak dalam internet yang dimuat naik oleh pentadbir laman web dan pengguna blog, Facebook, Twitter serta WhatsApp.

Pencipta yang bijak akan menggunakan maklumat percuma berkenaan bagi menghasilkan aplikasi mudah alih yang mendapat permintaan ramai.

Contohnya, aplikasi yang menyediakan maklumat lokasi pusat jualan tudung, makanan sedap dan murah serta tandas awam di seluruh negara.

Konsep itu bukannya baharu kerana agensi rujukan kredit, Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) telah lama menggunakan maklumat kewangan individu yang disiarkan dalam akhbar dan yang dikumpul oleh agensi kerajaan.

Satu lagi isu yang turut disentuh dalam buku ini adalah cabaran untuk melupuskan dan melakukan kitar semula sisa elektronik (e-sisa).

E-sisa merujuk kepada peralatan elektronik yang dibuang seperti komputer, telefon bimbit, televisyen, tablet, bateri dan cakera keras.

Bayangkan kesan buruk kepada alam sekitar dan kesihatan manusia sekiranya e-sisa tidak dilupuskan dengan sempurna kerana peralatan berkenaan diperbuat daripada bahan tidak boleh terurai secara semula jadi.

E-sisa bertambah banyak kerana jangka hayat barang­an elektronik semakin singkat berikutan perubahan teknologi yang pantas dan kegemaran orang ramai menukar telefon bimbit secara kerap.

Antara kesan buruk terdapat komponen elektronik di dalam peralatan itu mengandungi bahan pencemar se­perti kadmium, lithium, plumbum dan merkuri.

Kadmium boleh menyebabkan kerosakan pada paru-paru, buah pinggang, tulang dan meningkatkan risiko penyakit kanser manakala lithium boleh memberikan kesan samping­an terhadap kesihatan seperti cirit-birit, rasa loya dan muntah, ketidaklancaran semasa bertutur dan kesukaran untuk berjalan.

Plumbum pula boleh mengganggu sistem sa­raf dan mengakibatkan gangguan terhadap perkembangan mental kanak-kanak.

Merkuri boleh memberi kesan buruk terhadap sistem saraf dan buah pinggang serta menimbulkan masalah penglihatan, pendengaran dan hilang ingatan.

Semakin banyak peralatan elektronik dilonggokkan di tapak pelupusan sampah, semakin banyak bahan toksik terlepas ke alam sekitar terutama air bawah tanah yang kemudiannya boleh menjejaskan kesihatan penduduk setempat.

Sebenarnya, melalui program kitar semula, pelbagai logam berharga dapat diekstrak daripada e-sisa. Sebagai contoh, sejuta telefon bimbit boleh menghasilkan kira-kira 34 kilogram emas; 16,000 kilogram tembaga; 350 kilogram perak dan 15 kilogram paladium.

Melalui kitar semula e-sisa, pencemaran bukan sahaja dapat dicegah, malah alam semula jadi dapat di­pulihara kerana logam yang digunakan tidak perlu lagi dilombong sebalik­nya mengguna semula bahan yang dikitar semula.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain