MOHD. AMAR: Pas tidak yakin Putrajaya akan mengotakan janjinya untuk tidak meratifikasi ICERD. Insya-Allah, setakat ini perhimpunan kita on (berjalan).

Adakah keputusan kerajaan itu diragui Pas?

Kebimbangan kita ialah janji orang politik sebab itu ada cadangan supaya ia dibawa ke Parlimen, dibuat pengisytiharan dalam Parlimen. Sebab janji orang politik ini boleh berubah. Manifesto pun dia tak tunai apatah lagi benda macam ini, sebab itu kita merasakan perlu kita turun pada 8 Disember ini.

Sebahagian mufti menyeru agar perhimpunan 8 Disember ini tidak diteruskan sebaliknya melakukan solat hajat, bukankah itu lebih baik?

Kita hormati pandangan mufti. Cuma kita ada pertimbangan lain. Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) sendiri sebut apa yang berlaku dekat Putra Heights itu bukan bermasalah perkauman, bukan masalah agama. Jadi, tidak berbangkitlah, itu cuma masalah dalaman sahaja.

Tapi mufti kata perhimpunan itu boleh sahaja ditukar kepada solat hajat?

Kita boleh solat hajat di sana (Dataran Merdeka), tidak ada masalah, solat ini mana-mana tempat pun boleh.

Berapa agaknya kehadiran orang ramai nanti?

Kita sasar sejuta orang, kita tidak tahulah boleh capai atau tidak tetapi itu sasaran maksimum kita.

PERHIMPUNAN kesyukuran berikutan keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai

Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Dataran Merdeka 8 Disember ini mengundang resah beberapa pihak termasuk Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang dilaporkan tidak mahu himpunan itu diteruskan.

Mohamad Shukri bimbang timbul kejadian tidak diingini jika pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan susulan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman dekat Putra Heights baru-baru ini.

Berikut adalah respon Naib Presiden Pas, DATUK MOHD. AMAR NIK ABDULLAH mengenai perkembangan perhimpunan ICERD ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia, ASMA HANIM MAHMOOD selepas beliau menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu, Kota Bharu, Jumaat lalu.