Kesan Januari ialah berikutan daripada keadaan window dressing yang berlaku di penghujung tahun, yang mana setiap pengurus pelaburan (fund manager) akan menjual saham-saham yang merugikan dan membeli saham me­nguntungkan.

Hal ini adalah bertujuan untuk mencantikkan rekod di hujung tahun sebelum dibentangkan kepada pemegang-pemegang saham. Kesan dari aktiviti window dressing ini, harga saham-saham akan naik pada bulan Januari.

Namun kebanyakan syarikat-syarikat yang mempunyai modal pasaran kecil lebih menguasai pasaran berbanding syarikat mempunyai modal pasaran yang lebih besar.

Dalam erti kata lain, lebih mudah membuat keuntungan daripada saham yang murah daripada saham mahal.

Menurut Eugene Fama dan Kenneth Perancis, keadaan ini bertentangan dengan keadaan pasaran normal yang mana portfolio saham yang telah meningkat dalam nilai relatif dan mutlak sepanjang tahun lalu, lebih cenderung untuk terus meningkat, dan juga sebaliknya.

Pelabur dan pedagang akan terus mengintai peluang ini sepanjang bulan Januari setiap tahun.

Adakah masih relevan?

Adakah teori dan kepercayaan ini masih relevan? Sejarah membuktikan bagi tempoh 2008-2018 yang lalu, pergerakan Indeks KLCI ada tahun yang menyokong teori dan kepercayaan ini dan ada tahun tidak.

Maka kesan Januari ini bukanlah satu yang pasti akan berlaku dan pelabur saham boleh mengambil peluang atas kesan Januari ini.

Apa yang berlaku pada tahun ini, di pasaran saham Malaysia. Tiada bukti kukuh dan data yang relevan untuk menyokong teori dan kepercayaan ke atas kesan Januari ini.

Namun, apabila di teliti secara mendalam ke atas saham-saham yang terdapat di Bursa Malaysia pada awal tahun 2019 ini, sememangnya saham-saham murah atau yang mempu­nyai modal pasaran kecil lebih aktif di dagangkan.

Saham-saham kecil seperti Carimin, Dnex KGB dan lain-lain terus menguasai pasaran 2019 dengan nilai dagangan yang lebih tinggi berbanding saham-saham lebih besar atau mahal. Ia hanya satu kebetulan, atau memang kesan Januari?

Manambah Poftfolio Pelaburan

Kesan Januari ini tidak dapat di buktikan secara data yang tepat. Namun begitu terdapat juga kesan bermusim yang lain, tetapi cara kesan Januari membantu saham kecil untuk mencapai harga yang agak baik.

Bagi seorang pelabur momentum, mereka tidak menyukai situasi ini dan bulan Januari mungkin menjadi bulan yang mencabar bagi mereka.

Walau bagaimanapun, jika pelabur ingin menambah peratusan saham sesuatu syarikat yang lebih kecil ke portfolio pelaburan mereka, berkemungkinan kesan Januari ini boleh dijadikan strategi buat mereka.

Namun begitu pelabur yang bijak boleh mengambil peluang dalam apa jua keadaan tidak kira bulan Januari sahaja atau pun mana-mana bulan sahaja.

 

PENULIS ialah Pensyarah Kanan (Kewangan & Pelaburan) UiTM Johor.