Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kehebatan inovasi tamadun Melayu

Muzium Warisan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti 3
Muzium Warisan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tamadun Melayu suatu ketika dahulu merupakan sebuah tamadun yang sangat dikagumi disebabkan kemahiran dalam ilmu sains dan teknologi yang cukup hebat sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam manuskrip-manuskrip Jawi lama.

Namun sayang sekali, kesemua manuskrip lama ini telah dibawa keluar dari nusantara dan kini tersimpan rapi di perpustakaan-perpustakaan Eropah, menyebabkan generasi masa kini tidak mengetahui akan kehebatan ilmu warisan nenek moyang terdahulu.

Disebabkan itu, masyarakat Melayu pada hari ini tidak melihat tamadun terdahulu sebagai asas yang sebenarnya telah melangkaui zaman dan ada sebahagiannya menyamai teknologi zaman sekarang.

Dr. Muhammad Pauzi memerhatikan senjata dinamakan Setinggar (matchlock)
Dr. Muhammad Pauzi memerhatikan senjata dinamakan Setinggar (matchlock) atau Senapang Kancing Sumbu yang dicipta orang Melayu untuk menentang Portugis pada tahun 1511 dipamerkan di Muzium Warisan Melayu di Serdang.

Pengarah Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Muhammad Pauzi Abd. Latif berkata, masyarakat kita pada zaman dahulu pada awalnya memang bijak kerana mereka menggunakan apa yang ada untuk disesuaikan dan diadaptasi dalam pelbagai konteks kehidupan seharian mereka.

“Sebagai contoh, air sungai merupakan sumber air utama manusia, jadi orang Melayu dahulu telah menggunakan batu pasir dari jenis batuan sedimen yang mudah dibentuk dan boleh menyimpan air untuk dijadikan penapis air serta mendapatkan air bersih bagi pelbagai kegunaan.

“Secara tidak langsung, kreativiti masyarakat dahulu menggunakan bahan dari sumber alam diadaptasi menjadi penapis air dan menjadi asas kepada penapis air hari ini membuktikan bahawa teknologi Melayu lama telah wujud sejak abad ke-18,” katanya ketika ditemui di UPM, Serdang baru-baru ini.

Antara manuskrip lama di Muzium Warisan Melayu di Fakulti Bahasa
Antara manuskrip lama di Muzium Warisan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Selangor.

Selain teknologi untuk kegunaan seharian, manuskrip Melayu lama juga telah menceritakan tentang persenjataan Melayu silam yang bukan haya dicipta sebagai senjata untuk mempertahankan diri, tetapi juga sebagai hasil seni yang luar biasa dan bermutu tinggi.

Tambahnya lagi, teknologi Melayu turut diterapkan dalam pembinaan rumah apabila menggunakan konsep modular menjadikan rumah Melayu lama senang dipasang dan mudah dibuka apabila hendak berpindah.

KUALA LUMPUR 14 JUN 2017 - Rumah contoh melayu lama yang terdapat
Rumah contoh melayu lama yang terdapat di Muzium Warisan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

“Sebagaimana yang dapat dilihat di perkarangan muzium ini, terdapat empat buah rumah Melayu lama ditempatkan di sini. Rumah tradisional Melayu ini telah dibuka di lokasi asal dan dipasang semula di perkarangan muzium.

“Rumah-rumah tersebut adalah, rumah Datuk Raja Diwangsa Muhammad Yunus Jabar dari Negeri Sembilan, rumah Uda Noh Kanda Jaafar dari Perak, rumah Haji Wan Muda Wan Hassan dari Terengganu dan rumah Penghulu Haji Ismail Khatib Bakar dari Pahang,” ujarnya.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Dr. Muhammad Pauzi berkata, sesungguhnya masyarakat zaman dahulu mempunyai satu asas pengetahuan yang tinggi dalam bidang penciptaan dan inovasi yang melibatkan sains serta teknologi.

“Namun begitu, masyarakat Melayu pada zaman itu tidak mempunyai usaha dan kesedaran untuk mempatenkan setiap teknologi yang dihasilkan, ini mengakibatkan hasil inovasi itu dituntut oleh orang lain.

“Oleh itu, antara usaha yang boleh dilakukan sekarang untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai berkenaan teknologi Melayu lama ini, salah satunya adalah dengan adanya muzium warisan ini,” katanya.

Tambahnya, muzim ini 
dibina untuk dijadikan 
makmal dan dibuka kepada orang awam untuk menimba ilmu dan melihat sendiri mengenai kehebatan teknologi lama yang dihasilkan oleh tangan orang melayu.

“Selain menjadi platform untuk menunjukkan kehebatan mMelayu, muzium ini turut menjalankan aktiviti-aktiviti warisan yang juga mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan khususnya Tan Sri Dr. Rais Yatim selaku Penasihat Sosiobudaya Kerajaan.

“Muzium ini juga bertindak sebagai medium untuk mempromosikan warisan Melayu kita dan terbaharu telah menjadi salah satu lokasi bagi produk pelancongan UPM iaitu eDU-PARK,” katanya.

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain