Terkejut juga saya. Teringat pula saya kisah bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan yang juga pakar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Suatu ketika sekitar tahun 2000, seorang Ketua Hakim Negara melenting terhadap Rais berikutan ulasannya yang waktu itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai gambar hakim

RAIS YATIM
RAIS YATIM 

berkenaan bercuti bersama seorang peguam (di New Zealand pada 1994) di dalam internet.

Rais dipetik berkata, beliau tidak tahu sama ada suka atau tidak hubungan peguam-hakim dalam gambar itu, tetapi pastinya pergaulan sedemikian tidak selaras dengan adab kesopanan atau perilaku seorang personaliti badan kehakiman.

Lantas semalam, saya menarik perhatian Rais menerusi perbualan telefon, untuk mengulas isu menari yang tular ini. Berikut ulasan Rais:



Prasangka 
- Naluri dan kebebasan seseorang tidak boleh tertakluk pada prasangka hanya semata-mata individu dan pemimpin jabatan yang biasa dilihat kontra bersama. Sebenarnya mereka perlu diberi ruang untuk sosialisasi yang sihat.

Semata-mata melihat Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara dalam satu majlis yang turut dihadiri hakim-hakim lain tidak semestinya kita terus buat telahan prejudis.

Melainkan didapati ada apa-apa kesan yang sedang dalam pertimbangan jabatan masing-masing yang kemudiannya dilihat ternyata, barulah prejudis. Kalau tidak, dilihat bersuka-suka sahaja.



Menari joget 
- Dahulu pada tahun 60-an, saya (Rais) pernah juga bersama-sama Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman; Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim (sebelum menjadi Ketua Hakim Negara); Tun Razak; Tun Dr. Ismail Abdul Rahman menari joget.

Memang ada teguran ketika itu.

Berbalik kepada yang ditularkan itu, kalau berulang kali berlaku mungkin beberapa aspek prejudis muncul.

Tapi dengan cuma satu insiden ini (menari), belum cukup untuk kita buat ‘prakehakiman’ terhadap benefit of doubt (manfaat keraguan) - yang lebih menyebelahi kepada perkara rasional.

Ramai yang buat telahan, tapi melihat rule of law, ia tidak semudah itu. Ada perimbangan dan sifat rasional untuk pihak yang lekas buat cercaan. Kecenderungan mengkritik tidak harus dengan cepat ‘menerkam’ mereka.

Bercuti bersama
 - Lain ceritanya kalau seseorang Ketua Hakim atau Peguam Negara itu pergi bercuti dengan seorang peguam yang profilnya agak tinggi dengan bisnesnya kian meningkat.

Itu kemungkinan prejudis dengan memilih seorang peguam untuk bercuti dan diteliti waktu itu awal 2002 didapati keintiman kedua-duanya dilihat oleh awam. 



* Empat syarat
 - Cuma sebagai Peguam Negara atau mana-mana hakim pun, mereka biasanya memilih majlis tertentu. Pemilihan ada empat syarat perlu dipatuhi:

1. Ia tidak menyentuh mana-mana kes yang sedang dalam pertimbangan sesuatu pihak. Kalau ada, hindarkan majlis yang mungkin disalahtafsir.

2. Individu-individu yang berkait prejudis ini seharusnya mengelakkan majlis/program berkait perkara-perkara dibincang dalam Parlimen, kes-kes keselamatan dan hal-hal seumpamanya.

3. Pemimpin-pemimpin jabatan khususnya Jabatan Peguam Negara dan kehakiman, mereka memang faham kedudukan ini. Dan bila didapati berada dalam majlis tari menari, itu pastinya suatu kebetulan bersama rakan-rakan yang saling berkait.

4. Mereka yang menduduki jabatan-jabatan penting biasanya menghormati empat syarat berkenaan.

Kalau dijemput, itu lebih bersifat kemanusiaan atau menghormati jemputan. Tapi jika pergi secara tiba-tiba, ia akan timbulkan tanda tanya.

Namun jika program itu berkemungkinan majlis hari jadi, majlis ucap tahniah kenaikan pangkat, dalam situasi empat syarat tadi, Lord Denning di England ada membuat penentuan kes dalam artikel bertajuk Judicial and Legal Exception dalam Commonwealth Reports 1990.

Beliau menetapkan sikap-sikap yang perlu ada pada seorang Peguam Negara dan Lord Chancellor di England.

Nilai-nilai ini diikuti oleh semua pengamal undang-undang termasuklah Peguam Negara, Peguam Cara untuk kerja amali masing-masing.