Dengan aksi memualkan, mereka menjerit-jerit kat Putrajaya supaya diiktiraf dan dilayan sama seperti golongan lain. Amboi! cantiknya muka, walaupun mereka taklah cantik...apa hal nak iktiraf benda-benda yang tak masuk akal ini? Bro percaya ini bukan soal orang Melayu sahaja, semua kaum dan agama pun akan menentang ‘golongan sakit mental’ ini.

Dilahirkan sebagai perem­puan, jadilah perem­puan. Yang dok terhegeh-hegeh nak jadi lelaki apa hal? Lelaki dan perempuan kalau ‘bersatu’ boleh dapat zuriat, kalau perempuan sama perempuan ‘bersatu’ dapat apa? Dapat penyakit ada lah! Biarpun Bro tak suka golongan ini, Bro tak kisah kalau mereka memilih jalan itu tetapi janganlah buat tuntutan bukan-bukan. Bro tahulah sekarang ni zaman kebebasan bersuara dan semua orang ada hak dari segi demokrasi tetapi janganlah membuat tuntutan yang boleh membawa petaka.

Kalau nak hidup song­sang dan selesa dengan kehi­dupan mereka terus­kan tetapi jangan cuba mem­pengaruhi orang lain. Apapun yang dituntut, apapun mereka lakukan ia sama sekali tidak akan ubah fitrah kejadian baha­wa mereka adalah perempuan, apabila mati akan dilayan sebagai jenazah perempuan. Bro bukan ustaz, jadi Bro tak mahu ulas panjang perkara berkaitan agama.

Tetapi Bro nak nasi­hatkan kelompok tersebut, kalau dah ada `penyakit’ jangan sebarkan kepada orang lain. Kalau nak seronok cara tak bermoral, silakan tetapi jangan ajak orang lain. Terjerit-jerit di tengah-tengah jalan minta pengiktirafan benda yang tak betul dengan norma-norma kehidupan manusia waras, ‘kambing pun boleh tersenyum’.

Bro bukannya tak ber­simpati dengan puak macam ini, nak salah mereka 100 peratus kerana hidup songsang tu tak boleh juga kerana masalahnya ada persatuan-persatuan perempuan yang berfikiran liberal menyokong kehidupan seumpama itu kononnya atas nama kebebasan individu.

Bagaimanapun Bro tak mahu berlebih-lebih kutuk puak perempuan songsang ini, Bro tetap doakan satu hari mereka akan kembali ke jalan yang sebenar. Bro yakin ramai antara mereka boleh jadi isteri dan ibu yang baik. Cuma mereka tidak mendapat petunjuk yang betul termasuklah masih seronok dengan kehidupan yang entah apa-apa dan akhirnya akan membuat mudarat kepada mereka serta masyarakat.

Kepada kelompok pe­juang perempuan, kalau betul nak bela nasib pe­rem­­puan, perjuanglah perkara yang betul, ja­ngan disebabkan ego ting­gi perempuan, lelaki berke­mampuan macam Bro ter­le­pas peluang menambah pahala. Faham tak? Tak faham sudah.

Tetapi Bro menyampah bila puak-puak perempuan seumpama itu terlalu ang­kuh memperjuangkan perkara yang pada pan­da­ngan Bro, mereka mem­punyai ‘masalah menguruskan akal’, kalau akal mereka ‘betul’, mereka tak akan membangkitkan tuntutan yang mereka tahu amat songsang. Itulah perempuan, nak jadi pejuang tetapi kurang guna akal.

Okeyla Bro undur diri dulu. Mungkin ada yang kata tulisan Bro minggu ini agak ‘ilmiah’. Memang betul, sebab lepas ni Bro akan kritik perempuan tetapi menggunakan isu yang mereka sendiri ‘cari pasal’ dengan bahasa tersendiri. Jumpa lagi.

Bro Tompok - Lelaki sejati.