Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

LAWATAN penuh makna Sheikh Rached Ghannouchi, ke negara ini yang bukan sahaja berpeluang berjumpa Pe
LAWATAN penuh makna Sheikh Rached Ghannouchi, ke negara ini yang bukan sahaja berpeluang berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malah turut mengadakan pertemuan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada 9 Julai lalu, Malaysia telah menerima kunjungan hormat seorang tokoh yang cukup berpengaruh dan dihormati di negara Tunisia iaitu Presiden Pergerakan Al-Nahda, Sheikh Rached Ghannouchi.

Sheikh Rached yang kini berusia 76 tahun adalah seorang tokoh peradaban Islam selain sebagai seorang tokoh politik Islam sederhana. Beliau juga seorang pendukung kuat demokrasi yang kini menjadi tunjang kepada sistem pemerintahan di Tunisia.

Memang tidak boleh dinafikan pengaruh Sheikh Rached dalam dunia politik Tunisia cukup kuat lebih-lebih lagi selepas berlakunya Arab Spring. Umum mengetahui insiden Arab Spring mula tercetus di Tunisia sebelum merebak ke dunia Arab yang lain.

Ekoran daripada revolusi tersebut Tunisia akhirnya menjadi sebuah negara demokrasi sepenuhnya yang mana rakyat negara itu memilih kerajaan melalui sistem pilihan raya yang adil dan bebas sekali gus menjadi contoh kepada negara-negara Arab lain.

Pergerakan Al-Nahda di bawah kepimpinan Sheikh Rached sendiri antara parti yang berperanan menyuburkan demokrasi di Tunisia. Untuk rekod pergerakan Al-Nahda yang merupakan parti berasaskan Islam sederhana ketika ini adalah parti yang memperoleh majoriti di Parlimen.

Bagaimanapun pergerakan Al-Nahda membuat keputusan yang mungkin tidak akan dilakukan oleh mana-mana parti selepas menguasai Parlimen secara majoriti apabila bersetuju berkongsi kuasa dengan pergerakan Nidaa Tounes.

Nidaa Tounes adalah sebuah parti berasaskan kebangsaan. Tujuan kerjasama dilakukan menurut Sheikh Rached dalam satu sidang media khas Selasa lalu di Putrajaya adalah semata-mata untuk keamanan dan kestabilan Tunisia lebih-lebih dalam usaha mengelakkan sebarang konfrantasi khususnya antara pendukung Islam dengan golongan sekular.

Sebagai seorang ahli politik yang bijak dan berpandangan jauh sudah tentu Sheikh Rached mempunyai perkiraannya dalam membuat keputusan tersebut apatah lagi dalam situasi Tunisia yang masih hijau tentang sistem pemerintahan demokrasi.

Hasil daripada pendekatan politik secara konsensus itu, Tunisia kini boleh disifatkan sebagai sebuah negara yang stabil dan aman, tidak seperti ketika berada dalam kancah kekacauan Arab Spring.

Malah Tunisia ketika ini sedang berusaha mengukuhkan lagi kedudukan ekonominya selepas negara berkenaan berjaya menstabilkan kedudukannya dari segi politik.

Justeru tidak hairanlah antara misi utama kunjungan Sheikh Rached ke Malaysia adalah untuk mempelawa negara ini menjalinkan kerjasama ekonomi dengan lebih erat dalam pelbagai bidang.

Berhubung pandangannya terhadap Malaysia, beliau secara peribadi mengagumi kejayaan kerajaan negara ini menegakkan syiar Islam walaupun dihuni dengan masyarakat pelbagai agama dan bangsa.

Bahkan kejayaan Malaysia membawa imej Islam yang begitu baik menurut Sheikh Rached telah membuka mata dunia bahawa Islam sebenarnya boleh wujud dalam situasi yang kompleks dan rumit.


Penghargaan

“Dalam dunia Muslim, Malaysia dilihat sebagai negara contoh dari segi pembangunan dan contoh terbaik negara yang berjaya dalam kalangan negara-negara Islam. Dalam tempoh Islam diserang dari pelbagai sudut, Malaysia memberi contoh terbaik mengenai Islam sebagaimana yang dianjurkan dalam al-Quran.

“Malaysia juga membuktikan Islam boleh wujud bersama antara golongan Muslim dan bukan Muslim. Keamanan yang dicapai itu amat penting dalam membuktikan Islam boleh menguruskan realiti tanpa perlu sebarang konfik atau perang saudara,” katanya kepada kumpulan media Malaysia Selasa lalu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat negara ini kerana berjaya memberikan imej indah mengenai Muslim sebagaimana dalam al-Quran, pada masa sama bercirikan kontemporari.

Dalam pada itu sepanjang tempohnya berada di negara ini, Sheikh Rached telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana.

Banyak perkara dan isu dibincangkan dalam pertemuan itu antaranya berkaitan dengan isu-isu dunia Islam seperti isu Palestin, etnik minoriti Rohingya, isu melibatkan golongan minoriti Islam di selatan Thailand dan selatan Filipina.

Beliau mengucapkan penghargaan kepada kerajaan di bawah kepimpinan Najib atas pembabitan Malaysia secara langsung membantu masyarakat Muslim di negara-negara tersebut.

“Saya juga memberitahu beliau (Najib) bahawa Tunisia menghargai apa yang telah dilakukan oleh Malaysia terhadap isu Palestin temasuk lawatan Perdana Menteri ke Gaza pada tahun 2013. Bukan mudah seseorang pemimpin untuk sampai ke sana (Gaza) sebaliknya ia memerlukan personaliti yang hebat,” ujarnya.

Seperti yang disebut sebelum ini, Tunisia juga amat mengharapkan perkongsian Malaysia dalam bidang ekonomi dan antara tarikannya ialah kedudukan negara berkenaan yang begitu strategik sebagai pintu masuk pasaran ke benua Afrika.

Ini sekali gus akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Tunisia. Atas asas itu Sheikh Rached secara peribadi mempelawa pelabur-pelabur serta syarikat-syarikat besar Malaysia untuk melabur di negara berkenaan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri.

Tidak ketinggalan kerjasama dalam bidang pendidikan. Mungkin selepas ini akan terdapat pelajar Tunisia melanjutkan pengajian mereka ke universiti di sini manakala pelajar-pelajar Malaysia pula akan melanjutkan pengajian ke sana khususnya dalam bidang bahasa Arab dan pendidikan Islam.

Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Bidang Peradaban Islam oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kepada Sheikh Rached pada 12 Julai lalu juga boleh dianggap sebagai titik mula ke arah jalinan kerjasama Malaysia dan Tunisia dalam bidang pendidikan.

Dalam tempoh lawatannya ke Malaysia beliau turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu negara. Sehingga setakat ini tiada butiran lanjut berhubung dengan pertemuan tersebut.

Apapun kunjungan Sheikh Rached sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada negara ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri terutama dari segi kejayaan Malaysia memperlihatkan ajaran Islam seperti mana yang dikehendaki oleh kitab suci al-Quran.

Selain itu mesejnya tentang kepentingan perkongsian kuasa antara parti berasaskan Islam sederhana dengan parti berasaskan kebangsaan seperti yang diamalkan di Tunisia demi kestabilan serta keamanan sesebuah negara ketika ini wajar dilihat bersama.

“Apabila Tunisia berjaya melakukannya, saya yakin perkara yang sama boleh dilakukan di negara-negara lain juga. Sebenarnya kita perlu mengelakkan sebarang usaha menjurus kepada hegemoni sebaliknya perlu ada konsensus dan inilah keperluan dalam sistem demokrasi,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain