Apa hukum kalau mereka yang bukan pelanggan kedai dobi itu, tetapi menggunakan wifi percuma yang disediakan? 

* Azli, Kuala Lumpur.

UKE: Kalau tertera perkataan WiFi tersebut hanya untuk pelanggan dobi maka kemudahan itu khusus untuk pelanggan dobi sahajalah. Jika tuan punya dobi tak kisah dengan siapa yang nak menggunakan WiFinya maka tidak menjadi masalahlah.

Isteri baca al-Quran nada kuat

Isteri saya suka melayan telefon bimbit. Bila tiba waktu hendak tidur, barulah dia hendak solat dan membaca al-Quran dengan suara yang agak kuat sehingga menyukarkan saya hendak lelap.

Saya memerlukan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum boleh terlelap sedangkan isteri saya letak kepala boleh terus tidur dan berdengkur. Jadi, apakah cadangan daripada ustaz?

* Wak Isin, Changlun, Kedah.

UKE: Baguslah dia solat dan membaca al-Quran. Kalau anda susah tidur saya cadangkan agar anda tidur di bilik lain. 
Kedua, anda bimbing dia untuk solat berjemaah dan membaca al-Quran bersama di awal waktu.
 
Sudah taubat tapi ulang balik dosa

Saya pernah bertaubat atas dosa besar yang dilakukan sebelum ini tetapi kerana terlupa saya mengulangi perbuatan tersebut. Adakah Allah akan menerima taubat saya kali kedua?

* Hashim, Jengka, Pahang.

UKE: Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.Taubatlah dengan taubat nasuha yakni bersungguh-sungguh menyesal dan tidak akan mengulangi lagi dosa tersebut.

Cuma kemusykilan saya macam mana boleh terlupa sehingga berbuat dosa besar? Apa pun, yang lepas itu lepaslah. Bertaubatlah dan jangan diulang lagi perkara sama.