Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BUKU ini menghimpunkan 26 artikel ditulis Dekan Institut Antarabangsa Tamadun Melayu dan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba, yang pernah disiarkan dalam akhbar tempatan.

 

Tema utama artikel tulisan beliau yang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan dari Universiti Northern Illinois, Amerika Syarikat (AS), adalah mengenai perlunya proses pembelajaran di Malaysia menggabungkan ilmu wahyu dalam al-Quran dan yang bersumberkan daripada pemikiran manusia.

Langkah itu selaras dengan saranan ketika Persidangan Pendidikan Islam di Mekah pada 1977 supaya sekolah dan universiti di negara-negara Islam menggabungkan kedua-dua ilmu itu dalam kurikulum mereka.

Menurut Sidek, individu tidak dididik dengan gabungan kedua-kedua ilmu itu akan mempunyai tanggapan akal tidak seimbang atau senget sebelah terhadap sesuatu perkara.

“Mungkin memadai untuk memahami perkara nyata menerusi pancaindera dan akal semata-mata tetapi tidak cukup bagi mengetahui perkara ghaib seperti kewujudan Allah, penciptaan langit dan bumi, malaikat serta roh.

“Dualisme dalam ilmu perlu diatasi dengan melakukan integrasi supaya pandangan semesta insan menjadi lebih sempurna. Kalau ini tidak terjadi, pencerahan masih belum berlaku dan tanggapan berat sebelah masih wujud.

“Sistem kita tidak memerlukan pendukung fahaman liberal (kebebasan hak asasi tanpa batas) kerana ia akan mengukuhkan ­dualisme dalam ilmu yang memisahkan agama dengan akademik,” tulisnya.

Pandangan Sidek itu cukup relevan jika dikaitkan dengan perkembangan semasa apabila terdapat golongan liberal Islam yang cukup lantang ‘mengutuk’ tindakan juruterbang AirAsia meminta penumpang berdoa setelah membuat keputusan berpatah balik ke Perth, Australia, pada 25 Jun lalu, kerana pesawat menghadapi masalah enjin.

Golongan itu mempunyai tanggapan salah kononnya doa atau membaca surah Yasin hanya untuk saat-saat menghadapi kematian dan apabila seseorang itu telah kehabisan segala ikhtiar.

Hakikatnya, tidak salah untuk berdoa dalam mana-mana agama terutamanya ketika individu ber­kenaan berada dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan Tuhan. Adalah lebih baik digabungkan doa dengan usaha untuk menyelesaikan masalah dihadapi.

Dalam pada itu, saranan yang dibuat ketika persidangan pada 1977 berkenaan telah diikuti kerajaan Malaysia yang pada 1983 mengambil langkah positif menubuhkan UIAM bagi melakukan integrasi dan Islamisasi ilmu di peringkat universiti.

Perkara sama dibuat di pe­ringkat menengah dengan me­wujudkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang mendapat sambutan luar biasa daripada ibu bapa.

Turut diperkenalkan adalah konsep Ulul Albab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Konsep integrasi itu menyaksikan pelajar dilatih menghafaz al-Quran dan pada masa sama mempelajari subjek sains serta teknologi.

“Apa yang berlaku di SMKA dan MRSM masih lagi dalam bentuk integrasi longgar. Proses integrasi sebenar tidaklah mudah kerana ia menuntut proses, strategi dan upaya ilmu yang tinggi.

“Sekiranya isu integrasi longgar ini dapat diatasi, pendidikan di Malaysia bakal melahirkan huffaz yang profesional dan saintis serta teknologis yang berjiwa al-Quran,” tulisnya.

Kelemahan integrasi longgar ini boleh dilihat apabila tiada ilmuwan Islam tampil dengan hujah cukup berwibawa bagi me­nyanggah pandangan golong­an liberal berhubung isu juruterbang menyuruh penumpang berdoa, baru-baru ini.

Tidak cukup sekadar me­ngemukakan hujah dengan petikan ayat al-Quran dan hadis, sebaliknya, seperti yang disebut Sidek, ilmuwan Islam perlu mengikut saranan tokoh pemikir dari Iraq, Prof. Taha Jabir al-Alwani.

Tokoh itu mahu mereka menggunakan kaedah eklektik (memilih yang terbaik daripada pelbagai sumber yang berlainan termasuk ilmu konvensional dan sains) yang tidak bercanggah de­ngan syarak.

Berhubung isu doa, sebenarnya terdapat banyak kajian saintis bukan Islam yang boleh dijadikan sebagai hujah seperti penemuan bekas penyelidik dari Universiti Yokohama, Jepun, Dr. Masaru Emoto, yang mendapati air apabila dibaca doa oleh ahli agama akan membentuk molekul kristal indah.

Sementara, air yang didedahkan kepada nyanyian mempunyai seni kata negatif dan lucah akan membentuk molekul tidak simetri dan hodoh. Kajian itu jelas membuktikan doa boleh memberi kesan positif kepada molekul air dalam tubuh manusia.

Penyelidik, Gregg Braden dalam bukunya, Speaking the Lost Language of God: Awakening the Forgotten Wisdom of Prayer mengesahkan doa yang dibaca dengan penuh emosi dan terus daripada hati akan memberi kesan kepada tindak balas kimia dalam tubuh dan mampu menyem­buhkan penyakit.

Kajian Global Consciousness Project yang dimulakan sejak 1998 oleh dua penyelidik, Dean Raden dan Roger Nelson dari Universiti Princeton, AS, pula mendapati doa yang dilakukan secara serentak dan melibatkan ramai orang akan mengubah bacaan meter pada alat pengukur elektronik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain