Portal Washington Post melaporkan, Mohammad akhirnya mendapat pengiktirafan selepas menunggu hampir 30 tahun apabila Jabatan Imigresen dan Pasport Bangladesh memberikan kad pengenalan kepadanya baru-baru ini.

Dia yang berasal dari utara Myanmar dan hidup sebagai pelarian selama ini bertindak mencari perlindungan di Bangladesh pada September lepas bersama anak dan isterinya, akhirnya dapat menarik nafas lega.

Menurutnya, dirinya tidak gembira berada di negara sendiri kerana terlalu banyak penderitaan dan pembunuhan tanpa belas kasihan selain terpaksa hidup melarat serta ketakutan sepanjang waktu.

“Saya rasa terlalu teruja dan gembira sehingga kad pengenalan yang baru diberikan ini saya lingkarkan pada tengkuk sepanjang masa walaupun ketika mandi. Rasa terlalu bangga kerana saya benar-benar ‘wujud’.

“Saya rasa selamat dan gembira tinggal di Bangladesh berbanding di tanah air sendiri ketika ini. Saya tidak gembira tinggal di Myanmar,” katanya.