Soalnya, sejauh mana pemilihan calon itu tepat dan bagaimana penerimaan ahli-ahli parti dan para pengundi?

Pada kebiasaannya, bukan semua pihak akan berpuas hati. Per­cayalah siapa pun yang terpilih sebagai calon, pasti akan di­pertikai identiti dan kredibilitinya. Maka semua calon kena bersedia dan berani untuk ‘ditelanjangkan dan dimalukan’.

Malangnya pihak yang membuka pekung atau melempar fitnah itu bukan musuh parti tetapi dilakukan oleh kalangan orang parti sendiri yang cemburu dan iri hati apabila pihaknya tidak terpilih menjadi calon.

Inilah dilema yang dihadapi oleh pemimpin parti dan se­se­te­ngah calon itu sendiri.

Walau bagaimanapun, dilema paling besar dirasai ialah pe­ngun­di Melayu di seluruh negara. Pada petak mana yang mereka patut letak tanda ‘X’?

Kemelut dalaman yang melanda UMNO dan BN hingga mun­culnya parti serpihannya – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pati Warisan di Sabah, begitu juga pakatan pembangkang apa­bila lahir Parti Amanah Negara (PAN) daripada kalangan pemimpin Pas yang disingkirkan – semua ini membuatkan pe­ngundi terping­ga-pingga.

Benarkah pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU-12 dan PRU-13 dahulu masih setia untuk mengundi pakatan pembangkang pada PRU-14. Ini kerana politik hari ini sudah berubah dengan ketara sama ada dari segi aliran pemikiran ma­hupun corak permainan. Dulu musuh sekarang kawan.

Sekarang ada lima parti politik utama yang mewakili dan dipimpin oleh orang Melayu – UMNO, Pas, PKR, PPBM dan PAN.

UMNO mengetuai BN, Pas bersendirian, PKR, PPBM, PAN bergabung dengan DAP dalam Pakatan Harapan. Jadi pengundi Melayu berdepan dengan tiga pilihan.

Pilihan Pertama: Membe­ri mandat kepada ke­ra­ja­an yang ada dengan ala­san mempertahankan kua­sa Melayu menerusi UMNO yang menerajui BN. Dengan perkataan lain, mengekalkan BN menguasai Kerajaan Persekutuan.

Pilihan Kedua: Membu­ka peluang kepada Pas yang mem­perjuangkan Is­­lam memerintah atas alasan komitmen dan dasar parti tersebut maka sistem kerajaan ber­lan­daskan ke­is­­laman akan dite­gak­kan, dan akan wujud kelompok aga­ma­wan yang ramai da­lam pen­tabdirannya.

Pilihan Ketiga: Meng- ambil risiko jika memilih ga­­bungan empat parti da­­­lam Pakatan Harapan me­merintah kerana di­li­hat ti­dak bersungguh-sung­guh memperjuangkan da­­­­­sar Islam. Berdasarkan pe­­­­nga­­laman di negeri yang di­tadbir parti pem­bang­­kang, maka ada ke­bim­bangan apa akan ber­laku ke atas Malaysia jika pa­katan pem­bangkang me­nang PRU-14.

Oleh sebab itu ada ke­khuatiran dalam kalangan pengundi Melayu jika me­reka menyokong Pakatan Harapan yang mempunyai ideologi yang berbeza-beza itu.

Perjuangan PKR adalah untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. PPBM dengan agenda menurunkan Najib. DAP dengan matlamat da­sar sama rata Malaysian Malaysia. PAN pula di­tubuh oleh pemimpin yang ditolak oleh Pas semasa pemilihan parti tersebut pada 2016.

Paling dibimbangi jika pakatan pembangkang menang, golongan liberal, LGBT, syiah dan pelbagai kumpulan anti-Islam akan semakin berani menonjolkan diri.

Hubungan

Contohnya lihat bagaimana sikap tidak peduli kerajaan PKR Selangor yang didokongi DAP terhadap bantahan orang Islam terhadap Pesta Arak (Oktoberfest 2017). Malah pemimpin bukan Islam daripada DAP dan PKR juga kerap mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati umat Islam seperti isu konsert, aurat, arak dan ceramah Dr. Zakir Naik.

Hubungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini bertambah baik kerana Najib menghormati golongan agamawan. Hal ini berbeza dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gemar memberi kritikan sinikal tentang isu agama dan kurang menghormati golongan agamawan.

Inilah dilema pengundi Melayu dalam menentukan kerajaan selepas PRU-14. Rakan saya dalam grup WhatsApp dan media sosial juga ramai yang berbelah bahagi dan keliru apabila membaca komen yang menular.

Pada hakikatnya, mereka bukan minat cerita politik atau orang yang taksub kepada mana-mana parti politik, sebaliknya mereka mahu hidup di negara ini aman dan ekonominya makmur.

Pengundi Melayu masih kuat dengan agenda dan hak bangsanya. Apa yang menjadi kebimbangan mereka adalah berhubung kekurangan penguasaan wakil dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada kalangan orang Melayu jika tersalah pilih. Hal ini boleh menimbulkan ketidakseimbangan politik negara.

Kini dengan Dr. Mahathir yang mengetuai Pakatan Harapan, kempen pembangkang dilihat semakin berbaur dendam. Ini kerana matlamat utama Dr. Mahathir adalah untuk menjatuhkan Najib.

Melihat perkembangan kurang sihat itu, ada pihak yang malas dan tidak berminat dengan politik, mahu memboikot sahaja atau sengaja ingin merosakkan undi mereka pada PRU-14 ini.

Apa pun dalam kerancakan berkempen PRU-14 ini, yang harus dilihat dan diberi keutamaan ialah rakyat dan pengundi.

Mereka adalah penentu utama. Sama ada pengundi peduli dengan isu-isu yang berat atau sekadar berminat dengan berita sensasi di media sosial, mereka tetap menentukan masa depan negara melalui peti undi. Jangan pandang rendah mentaliti pengundi, baik di bandar mahupun luar bandar.

Kepada pengundi berdaftar, selepas diumumkan senarai penuh calon PRU-14, fikirkanlah kesan dan akibat daripada keputusan anda. Kita yang akan mengundi untuk memilih wakil ke Dewan Rakyat (Parlimen) atau Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu buatlah penilaian dengan melakukan kajian dan mencari maklumat baharu yang boleh membantu pengundi membuat keputusan tepat. Ingatlah tanda X anda itu yang akan mempengaruhi masa depan dan hala tuju negara.

Oleh itu buatlah penilaian dengan melakukan kajian dan mencari maklumat baharu yang boleh membantu pengundi membuat keputusan tepat. Ingatlah tanda X anda itu yang akan mempengaruhi masa depan dan hala tuju negara.