Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BUKAN SOAL POLITIK

MUKADIMAH
MELIHAT prestasi yang ditampilkan oleh pasukan The Red Giants dalam Liga Super dan saingan Piala Malaysia pada musim ini, pasti ramai peminat bola sepak tanah air menyangkakan semuanya baik sahaja.

Tapi tidak ramai yang mengetahui bahawa pasukan Selangor yang diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sebenarnya menghadapi pelbagai kekangan, baik dari segi kemudahan kewangan, padang latihan dan stadium.

Semuanya bermula sejak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatan sebagai Presiden FAS pada Disember tahun lalu. Bukan setakat bantuan kewangan kepada FAS dihentikan, malah pasukan Selangor tidak dibenarkan menggunakan stadium keramatnya, Stadium Shah Alam sebagai gelanggang tuan rumah.

Walaupun beroperasi dalam keadaan serba kekurangan, Selangor masih mampu menampilkan prestasi lebih baik berbanding PKNS FC yang mendapat sokongan padu daripada kerajaan negeri.

Ikut luahan Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam pertemuannya dengan wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, ZAINUL AZHAR ASH’ARI, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI, FADHILUL IZMEL ISHAK bersama
jurufoto FAIRUZ IZYANA AYUB di ibu pejabat Utusan Melayu, barubaru ini.

 

MINGGUAN: Suatu ketika dahulu Selangor adalah sebuah pasukan bola sepak yang gah di Malaysia. Tetapi apa sudah jadi sekarang?

SUBAHAN: Apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatan Presiden FAS pada Disember 2016, beliau terus menghentikan bantuan kewangan kepada persatuan.

FAS juga tidak dibenarkan menggunakan Stadium Shah Alam yang dibina untuk pasukan The Red Giants. Nasib baiklah FAS boleh menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tetapi tidak tahulah kalau esok atau lusa kita disuruh keluar juga. Padang latihan pun separuh sudah suruh kita keluar. Esok lusa mungkin dia akan suruh kita keluar padang yang satu lagi.

Mana boleh macam itu. Ini bola sepak. Janganlah sampai kerana beliau tidak jadi presiden, beliau mahu FAS lingkup. Itu sahaja. Bukan saya lingkup. Saya tidak lingkup tetapi FAS yang akan lingkup. Esok (masa depan) saya tinggalkan FAS mereka juga yang akan lingkup selepas dibina begitu lama.

Saya bukan cari makan dalam bola sepak tetapi saya buat ini kerana sayangkan FAS yang sudah wujud 81 tahun dan 33 kali menjadi juara Piala Malaysia. Tidak ada negeri yang akan mencapai rekod ini dalam masa yang singkat. Ini adalah legasi FAS.

Apakah keadaan ini berlaku sejak pembangkang mengambil alih kerajaan negeri Selangor pada 2008?

SUBAHAN: Apabila berlaku perubahan pucuk kepemimpinan kerajaan negeri pada 2008, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang profesional. Walaupun tidak bersama dengan kerajaan Pusat dan UMNO, beliau tidak mencampur adukkan politik dengan bola sepak.

Beliau tidak masuk campur dalam pengurusan FAS tetapi cuma memantau keadaan kewangan. Beliau memberikan peruntukan antara RM7 juta hingga RM8 juta setahun.

Apabila Mohamed Azmin menjadi Menteri Besar Selangor pada 2014, kita buat buat satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan menyokong Mohamed Azmin menjadi Presiden FAS yang baharu.

Selepas menjadi Presiden FAS, keesokannya beliau berjumpa dengan kita tetapi selepas itu, dua tahun beliau ‘menghilang’. Beliau tidak berjumpa dengan kita dan tidak panggil mesyuarat tetapi semua keputusan beliau buat sendiri.

Bukankah Selangor berjaya memenangi Piala Malaysia pada 2015 ketika FAS diterajui Mohamed Azmin?

SUBAHAN:Kalau hendak kata kejayaan pasukan Selangor menjuarai Piala Malaysia 2015 adalah hasil usaha mereka, bukan. Kita yang buat kerja di belakang tabir. Bonus pun, kita bayar pakai duit sendiri walaupun dipulangkan selepas perlawanan.

Itu tidak apa. Tetapi Mohamed Azmin tidak berbincang dalam mesyuarat semasa membuat keputusan memecat (jurulatih) Mehmet Durakovic dan kemudian Zainal Abidin Hassan.

Apabila Mehmet dipecat, FAS kena bayar pampasan baki kontrak kira-kira RM1.4 juta dan itu adalah wang rakyat. Bila lantik Zainal Abidin, gaji yang dibayar memang lumayan tetapi saya fikir kita tidak sepatutnya membayar sebanyak itu dan kenapa perlu tingkatkan perbelanjaan FAS.

Semasa kita jaga, bajet FAS adalah antara RM7 juta hingga RM8 juta tetapi apabila diterajui Mohamed Azmin, bajet naik sampai RM23 juta kerana mahu memenangi kejuaraan. Walaupun berbelanja RM23 juta tetapi tidak dapat jadi juara liga pun.

Apabila Zainal Abidin dipecat, FAS yang kena bayar gajinya kerana beliau masih ada kontrak. Sebab itu, kita dalam exco FAS tanya kenapa buat begitu dan begini. Tetapi Mohamed Azmin kata kena ikut cakap beliau atau dia tidak akan berikan peruntukan kewangan.

Apakah harapan Datuk Seri kepada Menteri Besar Selangor?

SUBAHAN: Tidak semestinya jika Mohamed Azmin bukan presiden FAS, wang tidak diberikan. Beliau kata rizab simpanan Selangor melonjak dari RM2.2 bilion ke RM4 bilion tetapi satu sen pun tidak mahu tolong FAS. Jangan daripada RM23 juta terus tidak beri dana langsung. Tidak boleh macam itu.

Mungkin kami boleh cari RM10 juta dan beliau beri dana RM5 juta atau mungkin beliau boleh cakap dalam tiga tahun seterusnya beliau tidak beri dana bukannya dalam sekelip mata terus tidak memberi dana langsung.

Walaupun dalam kekurangan dana dan kita berbelanja dengan berhemah, pasukan Selangor tetap beri persembahan terbaik. Jika kerajaan memberi sokongan, Selangor mampu lebih kuat.

Kalau kita julang piala, Selangor juga akan dapat nama. Janganlah tekan kita. Tekan-tekan pun, kedudukan pasukan Selangor lebih baik daripada PKNS FC. Jurulatih PKNS FC pun sudah kena buang.

Sebagai menteri besar beliau tidak boleh bersikap terlalu peribadi. Ini bola sepak. Mungkin beliau boleh panggil saya duduk berbincang semeja. Saya bukan tidak kenal beliau. Abdul Khalid dahulu beri sokongan sepenuhnya walaupun beliau PKR. Ini bukan soal politik tetapi untuk bola sepak Selangor.

Dana RM23 juta itu adalah satu jumlah yang besar. Tanpa bantuan itu, bagaimana FAS menguruskan bajetnya?

SUBAHAN: Kita telah mengurangkan kos perbelanjaan FAS dengan menjual pemain-pemain yang mahal. Pemain-pemain yang mahal tidak menjanjikan kejayaan tetapi apa yang penting ialah pengurusan.

Daripada bajet RM23 juta, kita telah turunkan kepada RM15 juta. Kami tiada pramusim dan ambil import paling murah berbanding pasukan lain yang jauh lebih mahal daripada kami.

Kita tidak bayar gaji dan bonus yang besar seperti negeri-negeri lain yang banyak mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri. Jurulatih Selangor pun bukan bergaji besar tetapi dia anak Selangor dan pernah bermain untuk Selangor dahulu.

Terus-terang saya katakan kami tetap membayar gaji pemain cuma kadang-kadang lewat juga. Bukan mudah untuk mencari peruntukan bagi membayar gaji.

Sekiranya Mohamed Azmin tetap tidak mahu membantu FAS, apakah alternatif lain yang ada?

SUBAHAN: Tiada alternatif lain. Saya akan tetap menggagahkan diri untuk pastikan tanggungjawab terlaksana. Saya bukan hendak merayu cuma saya mahu orang faham apa yang beliau lakukan dan macam mana beliau menggunakan kuasanya untuk memberi tekanan kepada FAS hanya kerana beliau bukan presiden.

Kalau beliau tak bagi pun tidak apa. Saya bukan mahu minta belas kasihan cuma ingin beritahu inilah realitinya.

Apa yang saya cakap ini adalah hak FAS. Beliau tidak memberi bantuan tetapi sudah lapan bulan saya menguruskan FAS.

Sepatutnya beliau bayar gaji (pemain dan pegawai) pada November 2016 kerana pada masa itu beliau adalah presiden FAS. Semasa Piala Malaysia beliau janji hendak bayar bonus dan sebagainya, tetapi tidak dibayar. Saya sudah bayar.

Kalau beliau pemimpin yang berhemah dan berintegriti, sepatutnya beliau membayar hutang tersebut. Bila beliau pecat Zainal Abidin, beliau tinggal macam itu sahaja.

Apakah penyokong pasukan Gergasi Merah sedar akan masalah yang dihadapi FAS ini?

SUBAHAN: Ada penyokong yang tahu cerita sebenar tetapi kuasa adalah terletak di tangan menteri besar. Setakat ini tiada masalah saya bersama peminat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain