Kata menteri itu, ia berikutan masalah itu hanya membabitkan peringkat pengurusan.
Dakwaan Mujahid sebelum ini yang pemberian hibah kepada pendeposit Tabung Haji sejak 2014 hingga 2017 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion, adalah satu tuduhan serius. Dan sudah sepatutnya disiasat.

Tetapi tindakan pantas Mujahid meredakan isu ini semalam dengan menganggap `pendeposit tidak tahu apa penyelewengan yang berlaku dan sudah diberikan hibah itu’ sudah semestinya ditunggu-tunggu oleh ramai pendeposit seperti Awang.

Cuma Awang amat berharap sangat dalam isu Tabung Haji ini tidak ada blame game atau mencari salah kerajaan terdahulu secara melulu.

Tambah lagi, bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pun telah membuat penjelasan bahawa laporan audit berwibawa Ernst & Young (EY) mendapati Tabung Haji mencatatkan lebihan aset RM1.4 bilion, diikuti RM701 juta (2016) dan RM373 juta (2017). Nilai aset Tabung Haji itu, kata Abdul Azeez melebihi liabiliti.

AWANG - Percaya kepada fakta.