Adakah tanpa siaran seumpama itu, kerajaan meminggirkan kehendak golongan muda? Hak penyiaran melibatkan bidaan yang boleh mencecah jutaan ringgit. Mampukah RTM melabur sejumlah wang yang begitu besar hanya untuk menonton siaran langsung bola sepak? Masyarakat sudah tentu faham kedudukan dan peranan RTM sebagai stesen milik kerajaan.

Janji itu cuba menggambarkan kerajaan seolah-olah tidak peka dengan kehendak golongan muda. Hakikatnya, kerajaan tidak pernah melarang stesen televisyen lain menyiarkan perlawanan bola sepak jika mereka mampu berbuat demikian. RTM juga tidak ada masalah jika ada pihak yang sanggup menaja.

Kepada parti politik, jika mahu menggoda pengundi, eloklah menjanjikan sesuatu yang lebih bermanfaat, memberi harapan serta jaminan kepada kelangsungan kehidupan. Jangan sekadar berjanji untuk memancing undi.

Awang percaya, banyak lagi yang boleh diperjuangkan untuk rakyat negara ini termasuk golongan muda. Lebih baik wang kerajaan untuk bidaan itu digunakan untuk menggalakkan akti­viti sukan termasuk bola sepak. Biar suatu hari nanti, ada dalam kalangan anak muda Malaysia mampu beraksi di peringkat dunia, bukan sekadar bangga menjadi penonton siaran langsung.

AWANG - Tidak mudah tergoda.