Mungkin kadar yang dijanjikan itu hanya akan dipenuhi dalam tempoh lima tahun. Diharapkan, kerajaan akan terus mengkaji jumlah berkenaan supaya lebih realistik serta mengimbangi keperluan semasa. Tidak perlu mengambil masa sehingga menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Mungkin pada peringkat awal ini, kadar itu boleh dinaikkan kepada RM1,100 atau RM1,200. Golongan ini memang ­mengharapkan gaji yang lebih baik ketika kos sara hidup ­meningkat dan pelbagai bantuan termasuk BR1M dikurang atau ditarik balik.

Menetapkan kadar RM1,500 bukanlah satu tugas mudah ke­rana pelbagai faktor perlu diberi perhatian. Tersilap langkah, tindakan itu boleh menjejaskan operasi sehingga memaksa pemberhentian atau pengurangan pekerja.

Awang sedar situasi ekonomi semasa perlu diambil kira. Ke­pentingan majikan dan pekerja perlu diberi pertimbangan supaya sebarang keputusan tidak membebankan mana-mana pihak. Biarlah dalam situasi menang-menang. Satu perkara penting, ja­ngan biarkan berlaku sebarang kenaikan harga barang dan per­khidmatan. Jika tidak semuanya menjadi sia-sia.

AWANG – Masih menaruh harapan.