Walaupun pemilik restoran bimbang dan akan terasa kesannya tetapi demi kesihatan majoriti rakyat, langkah itu perlu disokong. Restoran tidak akan kehilangan pelanggan disebabkan larangan itu. Hasil jualan rokok juga sekitar enam hingga lapan peratus.

Larangan itu juga dapat mendidik perokok untuk mengurangkan tabiat mereka ketika menjamu selera di restoran. Perokok perlu sedar, mereka juga bertanggungjawab melindungi hak orang awam daripada bahaya asap rokok.

Kerajaan juga perlu mencari kaedah yang mampu memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menghormati golongan yang tidak merokok ketika di restoran. Ambillah langkah-langkah yang dapat menguatkuasakan undang-undang larangan merokok.

Awang sedih dan kecewa kerana kebanyakan 23 zon larangan merokok yang telah diwartakan oleh kerajaan begitu bebas ‘di­cerobohi’ oleh perokok. Justeru, setiap peraturan perlu disusuli penguatkuasaan. Jika tidak hasrat itu hanya tinggal larangan di atas kertas yang ditampal di dinding sebagai hiasan.

AWANG – Tidak merokok.