Awang berharap pada bulan suci ini, kita akan mengambil kesempatan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah SWT. Tidak perlulah bercakap soal politik yang boleh memecah belahkan ummah.

Semua pihak perlu menjaga tutur kata dan perbuatan bagi memastikan Ramadan tidak dicemari dengan perbalahan politik tidak berkesudahan.Elakkan masjid dicemari dengan ucapan atau tazkirah berbaur politik.

Pada masa sama Awang juga berpesan kepada umat Islam jangan menyambut Ramadan bagaikan ‘pesta makanan’ sehingga akhirnya kita mengambil alih tugas syaitan yang dibelenggu dengan melakukan pembersihan.

Semoga Ramadan kali ini akan menyatukan seluruh umat Islam dan mengukuhkan perpaduan sesama mereka. Dan jangan lupa untuk berdoa kepada saudara-saudara kita di negara-negara Islam lain yang menyambut bulan suci dalam suasana peperangan dan konflik.

Semoga Allah SWT menerima semua amal ibadah kita.

Awang - Salam Ramadan