Kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof semalam iaitu “Alhamdulillah saya dengar-dengar di hujung telinga, positif, insya-Allah, tapi ada berita baik” melegakan kita.

 Bagaimanapun kita perlu faham sama ada Malaysia akan mendapat kuota tambahan atau tidak, ia bergantung sepenuhnya kepada kerajaan Arab Saudi.  Oleh itu Awang berharap janganlah ada mana-mana pihak menyalahkan kerajaan kalau ia tidak diperoleh.
  Selain persahabatan antara kedua-dua negara, apa yang akan turut menyumbang kerajaan Arab Saudi mempertimbangkan permohonan kerajaan ialah rekod jemaah kita yang diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji

 Setiap tahun pengurusan haji Malaysia dianggap terbaik di dunia dan ia dibantu pula oleh disiplin yang ditunjukkan oleh jemaah haji kita. Semua faktor ini pasti akan memberi peluang kepada negara ini mendapat kuota tambahan. Sama-samalah kita berdoa.
 

AWANG – Kagum prestasi Tabung Haji.