Dalam hal ini, Awang terpanggil untuk menyorot kembali ulasan Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, Dr. Muhammed Abdul Khalid sebelum ini yang dikenali begitu prihatin memperjuangkan nasib golongan isi rumah berpendapatan rendah 40 peratus terendah (B40).

Beliau mempersoalkan di mana silapnya terutama dalam kalangan bumiputera walaupun pelbagai polisi dilaksanakan dan berpuluh agensi telah ditubuhkan?

Hasil analisisnya mendapati data menunjukkan kedaifan rak­yat Malaysia terutamanya kaum bumiputera dalam pemilikan harta termasuk hartanah dan saham. Dari segi pemilikan aset kewangan, 72 peratus yang tidak mempunyai aset ini adalah kaum bumiputera.

Jika dilihat daripada separuh kaum bumiputera yang mempunyai akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) pula, purata simpanan adalah lebih kurang RM15,400. Tetapi jika dikaji lagi, lebih dua pertiga atau 72 peratus hanya mempunyai RM544 sahaja.

Apapun, Awang cukup yakin kerajaan tidak akan mengambil sikap acuh tidak acuh dalam konteks memperkasakan agenda bumiputera.

Sepatutnya tidak ada lagi blame game atau menuding jari mencari salah sesiapa.

AWANG – Percaya pada kebolehan, merit.