Itulah perkara yang bermain di fikiran Awang apabila membaca kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar dan Ekspatriat Palestin yang menyelar sikap berdiam diri komuniti antarabangsa berhubung penindasan Israel terhadap penduduk di negara itu.

Awang bersetuju dengan kenyataan tegas kementerian tersebut bahawa penduduk Palestin ‘semakin hilang kepercayaan terhadap kemampuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam melindungi mereka daripada keganasan rejim Zionis’.

Sebenarnya, dalam isu kekejaman dan penjajahan di Palestin, masyarakat Islam seluruh dunia sudah lama hilang kepercayaan kepada PBB untuk melakukan sesuatu.

Pertubuhan itu tiada kesungguhan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku kerana Amerika Syarikat (AS) menjadi pembela dan penyokong tegar terhadap penindasan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.

Oleh itu, selagi negara Islam seluruh dunia tidak bersatu menentang pendirian AS dan kekejaman rejim Zionis, selagi itulah bumi Palestin akan terus dijajah.

AWANG - Berdoa dari jauh.