Sememangnya Awang tidak pasti sejauh mana keprihatinan serta kebimbangan baginda akan turut dirasai pemimpin-pemimpin Melayu yang Awang anggap menjadi watak utama terhadap perpecahan kaum itu ketika ini.

Seperti mana Awang tegaskan berkali-kali sebelum ini, tidak ada salahnya untuk orang Melayu menyokong pihak yang mereka sukai kerana ia hak demokrasi.

Tetapi janganlah sampai boleh merugikan bangsa sendiri. Walaupun kaum majoriti di negara ini, perasaan hormat pihak lain kepada orang Melayu semakin luntur.

Jangan salahkan pihak tersebut kerana mereka hanya menggunakan kebijaksanaan mengambil kesempatan atas kejahilan orang Melayu berpolitik.

Sebelum terlambat, Awang berharap pemimpin-pemimpin Melayu tidak kira dalam parti politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan supaya insaf dan memahami sepenuhnya titah Sultan Selangor itu.

Jangan sampai seperti peringatan baginda, orang Melayu menjadi kelompok ‘menang sorak kampung tergadai’.

AWANG - Tetap usaha satukan Melayu.