Setelah bertahun-tahun mengaut keuntungan dan ‘begitu bijak’ melindungi kegiatan mereka daripada dihidu pejabat tersebut akhirnya disita juga.

Bagaimanapun Awang berharap, penyitaan itu bukanlah sekadar tindakan sementara selepas didedahkan oleh media. Kawasan itu harus dipastikan tidak beroperasi lagi buat selama-lamanya.

Selain itu siasatan rapi juga harus dijalankan bagi memastikan mereka yang terlibat dalam sindiket berkenaan dikenakan tindakan undang-undang setegas-tegasnya.

Awang difahamkan banyak perlanggaran undang-undang berlaku di situ. Justeru ia bukan sekadar soal tindakan menyita sahaja, sebaliknya jauh daripada itu menyeret pihak terlibat ke muka pengadilan.

Pada masa sama, Awang juga berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan berhubung kegiatan tersebut kerana ia ada kaitan dengan rasuah melibatkan penjawat awam.

Siapa mereka? Awang serah kepada agensi itu untuk menyiasat.

AWANG - Tak suka ‘hangat-hangat tahi ayam’.

AWANG ‘kagum’ apabila Pejabat Tanah Hulu Selangor mengambil tindakan menyita sebuah kawasan dipercayai menjadi lokasi kegiatan perlombongan pasir haram. Setelah bertahun-tahun mengaut keuntungan dan ‘begitu bijak’ melindungi kegiatan mereka daripada dihidu pejabat tersebut akhirnya disita juga.

Bagaimanapun Awang berharap, penyitaan itu bukanlah sekadar tindakan sementara selepas didedahkan oleh media. Kawasan itu harus dipastikan tidak beroperasi lagi buat selama-lamanya.

Selain itu siasatan rapi juga harus dijalankan bagi memastikan mereka yang terlibat dalam sindiket berkenaan dikenakan tindakan undang-undang setegas-tegasnya.

Awang difahamkan banyak perlanggaran undang-undang berlaku di situ. Justeru ia bukan sekadar soal tindakan menyita sahaja, sebaliknya jauh daripada itu menyeret pihak terlibat ke muka pengadilan.

Pada masa sama, Awang juga berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan berhubung kegiatan tersebut kerana ia ada kaitan dengan rasuah melibatkan penjawat awam. Siapa mereka? Awang serah kepada agensi itu untuk menyiasat.

AWANG - Tak suka ‘hangat-hangat tahi ayam’.