Pada masa sama pembabitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam juga penting bagi mengurangkan kadar salah guna dadah dalam kalangan rakyat.

Selain itu, proses memberi kaedah rawatan yang betul dan baik perlu diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab se­perti Pemadam dan sebagainya.

Awang bimbang gejala dadah kini semakin meruncing dan lebih malang lagi sudah sampai hingga ke peringkat sekolah.

Pada tahun lalu sahaja terdapat 90 buah sekolah terlibat dengan penyalahgunaan dadah yang agak serius. Pada tahun yang sama AADK turut merekodkan bahawa terdapat 181 kawasan berisiko tinggi dadah di seluruh negara telah dikesan.

Seperti yang ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, penyalahgunaan dadah bukan sahaja meruntuhkan institusi kekeluargaan malah tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak.

AWANG - Cegah sebelum parah.