Sememangnya banyak jasa yang ditaburkan oleh Mohamad Fuzi sepanjang berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu. Sudah pasti ia akan tercatat dalam lipatan sejarah negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada masa sama, Awang ucapkan tahniah kepada Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang akan mengambil alih kepemimpinan PDRM daripada Mohamad Fuzi.

Awang yakin sebagai seorang pegawai kanan polis yang mencatatkan perjalanan karier tersendiri sebelum dilantik menjadi Ketua Polis Negara, Abdul Hamid pasti akan berupaya memperkasakan lagi pasukan tersebut.

Hakikatnya banyak cabaran yang menanti Abdul Hamid tetapi Awang sentiasa yakin dengan keupayaan anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu. Apa yang penting, seluruh pegawai dan anggota PDRM perlu memberi sokongan kepada beliau dalam usaha memastikan pasukan itu terus dihormati dan digeruni.

AWANG - Terima kasih Tan Sri, tahniah Datuk Seri.