Sememangnya ia langkah tepat bagi menjaga integriti pegawai dan anggota polis kerana perbuatan mereka mengunjungi tempat seumpama itu kecuali atas urusan rasmi hanya akan mengundang persepsi tidak baik kepada PDRM.

Pelbagai kejadian melibatkan anggota pasukan keselamatan di pusat-pusat hiburan sebelum ini seharusnya dijadikan pengajaran, ia termasuklah bagaimana ada pusat berkenaan yang dikatakan berada dalam perlindungan individu-individu tertentu dalam pasukan polis.

Awang juga percaya, ketegasan yang ditunjukkan oleh Abdul Hamid itu akan mampu mengelak dan membersihkan PDRM daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa serta menjaga integritinya.

Apa yang diharapkan PDRM akan memastikan arahan itu dipatuhi oleh pegawai dan anggotanya, sesiapa yang melarang perintah tersebut harus dikenakan tindakan setegas-tegasnya.

AWANG - Berhibur di rumah.