Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 3 FEBRUARI 2017

AWANG tertarik dengan kesediaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir `turun padang’ untuk menyertai kerja-kerja pembersihan dan pemunggahan sampah bersama anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Tanpa mendapat layanan sebagai pemimpin negeri, beliau melakukan kerja-kerja yang menjadi rutin harian pengutip sampah.

Tahniah kepada Dr. Zambry kerana bersedia menimba pengalaman bidang tugas yang semakin dipinggirkan anak-anak muda. Langkah itu membolehkan pemimpin melihat sendiri sejauh mana kerja-kerja itu dilakukan. Bukan sekadar tunggu di pejabat menerima maklumat atau rungutan, kemudian mengeluarkan arahan itu dan ini. Adalah lebih baik selami sendiri apa yang dilakukan sama ada mencukupi atau perlu penambahbaikan.

Pengalaman seumpama ini amat berguna kerana selain melakukan sendiri kerja-kerja itu, pemimpin juga dapat melihat sikap orang ramai membuang pelbagai sampah, sisa makanan atau yang boleh dikitar semula. Adakah pemilik premis kediaman atau perniagaan menggunakan kaedah yang betul?

Awang percaya masih ada yang meletakkan tanggungjawab kebersihan sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan sehingga sampah dibuang sesuka hati dan berselerakan diselongkar anjing liar. Sikap ambil mudah itu menyusahkan pekerja dan melambatkan kerja-kerja pembersihan.

Justeru kerjasama orang ramai amat penting supaya kawasan kediaman atau premis mereka sentiasa bersih.

AWANG - Guna plastik isi sampah

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain