Kenderaan yang dinaikinya dirempuh sebuah treler. Semalam juga lima orang termasuk sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan bas ekspres.

Kadar kemalangan jalan raya di negara ini terus berada pada tahap membimbangkan dengan purata pertumbuhan tahunan antara 3.7 % hingga 4 %.

Pernah direkodkan sebanyak 512,466 kemalangan berlaku dengan kadar 22 kematian bagi setiap 100,000 kemalangan.

Malah dengan kenderaan dijangka meningkat secara mendadak dari 27 juta kenderaan pada 2016 kepada 34 juta pada 2020, dipercayai bukan sahaja menyumbang kepada kesesakan tetapi juga meningkatkan kadar kemalangan.

Namun Awang cukup pasti kebanyakan kemalangan yang berlaku di semua lebuh raya seluruh negara berpunca dari sikap pemanduan yang tidak berhemah.

Amalan keselamatan jalan raya dalam kalangan rakyat Malaysia masih kurang memuaskan.

Dan suatu ketika kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati sebanyak 80.6 % kemalangan disebabkan kesilapan manusia.

AWANG - Perhebatkan Op Statik sepanjang masa.