Awang berpendapat, dalam suasana ekonomi tidak menentu dan kos sara hidup semakin meningkat, sudah pasti rakyat perlu berusaha menambah pendapatan masing-masing dan apa yang dilakukan oleh kerajaan melalui DPLB harus dipuji.

Bagaimanapun Awang berharap, ia akan diteruskan dengan penerangan dan tindakan bagi membolehkan mereka di luar bandar benar-benar memahami apa yang mahu diusahakan oleh kerajaan.

Dalam soal ini, peranan agensi-agensi di peringkat bawah atau lebih tepat lagi akar umbi adalah penting bagi memastikan apa yang dirancangkan berjaya. Awang membangkitkan perkara ini kerana acap kali dasar-dasar baik kerajaan sering sahaja terjejas akibat ‘tersangkut’ di peringkat pelaksanaan.

Apapun Awang yakin jika DPLB itu benar-benar dilaksanakan sudah pasti ia akan mengubah wajah dan nasib penduduk luar bandar. Apa yang penting ialah keikhlasan dan komitmen semua pihak bagi menjayakannya.
 


Awang – Suka luar bandar.