Di Dewan Negara semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memberitahu, kajian menyeluruh sedang dilakukan kerana sekiranya total ban dikuatkuasakan dan terdapat kes kanak-kanak yang berkahwin, perkahwinan tersebut tidak dapat didaftarkan dan ia akan menimbulkan impli­kasi sosial yang lain pula.

Awang tetap berpendapat bahawa di peringkat kanak-kanak, dalam usia sebegini muda, `kerja’ kanak-kanak adalah belajar dan bermain. Itu saja. Golongan ini belum boleh diberikan tanggungjawab yang berat seperti menjaga rumahtangga. Ia adalah di luar kebiasaan dan kemampuan.

Selain itu, Awang juga bimbang akan berlakunya penderaan fizikal dan seksual golongan yang belum matang pemikirannya ini. Sebab itu, hak-hak dan kebajikan mereka mesti sentiasa di­lindungi dan dijaga sepenuhnya.

Justeru Awang berharap kajian yang sedang dilaksanakan itu mengambil kira semua aspek. Kita risau, dalam zaman serba moden ini, masih ramai ibu bapa yang mengizinkan perkahwinan bawah umur sebagai bentuk pencegahan kepada hal yang tidak baik. Itu sajakah jalan selesainya?

 

AWANG – Suka kanak-kanak.