Justeru, tumpuan perlu diberikan bagi mengetahui kisah sebenar di sebalik kematian ahli bomba tersebut. Terlalu banyak cerita dan kenyataan bergentayangan sehingga menggugat ketelusan kerajaan dalam soal inkues ini

 Bagaimanapun Awang tidak mahu menuduh apa-apa. Tetapi Awang bersetuju dan menyokong 100 % gesaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba Semenanjung Malaysia yang mahu kerajaan mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) dalam kes ini.

Sebenarnya, sebelum ini pun ramai juga pihak membuat gesaan berkenaan tetapi kerajaan menyatakan inkues sudah mencukupi. Namun jika inkues tidak mencapai matlamat bagi memberikan keadilan kepada Muhammad Adib, RCI adalah harapannya.

 Apapun berilah ruang kepada inkues berjalan. Selepas itu kita tengok macam mana. Awang yakin kerajaan ikhlas mahu membela nasib Muhammad Adib, oleh itu RCI pasti disokong jika tiada apa yang mahu disembunyikan.
 

AWANG – Doa untuk Adib.