Dalam mengkaji keputusan PRK itu, Awang lebih suka melihat ia dari sudut referendum rakyat kepada kerajaan PH supaya melakukan sesuatu dalam menguruskan negara terutama dalam soal kebajikan rakyat.
 Inilah fakta yang harus diakui oleh pemimpin-pemimpin kerajaan. Tidak payahlah buat kenyataan-kenyataan sekadar untuk sedapkan hati.

Rakyat sudah tidak mahu lagi mendengar alasan tidak bijak apabila kerajaan gagal menunaikan janjinya. Rakyat kini sedang merintih kerana kos sara hidup kian meningkat.

Dahulu pemimpin PH berjanji kos itu akan dikurangkan tetapi sekarang menjadi lebih teruk. Itu belum lagi mengambil kira janji tidak melantik ahli politik, kaum keluarga dalam sesuatu organisasi yang setakat ini hanya omong kosong.

Sebelum terlambat, Awang berharap pemimpin cerdik pandai dalam PH lakukanlah sesuatu. Percayalah, tahap sokongan rakyat kini berada pada tahap paling rendah, kecuali mereka masih lagi mempercayai kajian bertaraf ‘syok sendiri’.
 
AWANG – Tunggu kejutan politik Februari.