Tetapi persoalannya, kenapakah tiada tindakan? Awang difahamkan ada agensi penguat kuasa menghubungi sebuah jabatan kerajaan meminta supaya tindakan diambil. Jawapan yang diberikan ialah ‘nanti kami siasat dulu’.

Jawapan tersebut dianggap aneh kerana sindiket itu bukan beroperasi sehari dua tetapi sudah bertahun-tahun, sudah jutaan ringgit hasil bumi Selangor disedut secara haram begitu sahaja. Takkanlah pejabat atau sesebuah jabatan kerajaan tidak tahu?

Apakah jawapan yang diberikan bermaksud mereka betul-betul tidak tahu atau buat-buat tidak tahu? Awang tidak berhasrat untuk membuat tuduhan tetapi itulah persepsinya jika kegiatan haram seumpama itu boleh bermaharajalela sekian lama.

Awang difahamkan banyak kesalahan dilakukan oleh sindiket. Oleh itu Awang berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen serta jabatan-jabatan terlibat melakukan operasi serentak menghentikan perbuatan haram berkenaan.


AWANG – Tahu banyak cerita.