Awang berharap desakan itu tidak akan dilihat dari sudut politik atau dianggap mengambil kesempatan. Isu pencemaran di Pasir Gudang bukanlah isu kecil sebaliknya ia boleh meletakkan rakyat dalam bahaya.

Oleh itu Awang menyokong desakan supaya dalang kejadian itu diburu habis-habisan. Awang berpendapat ia tidak sukar dilakukan jika usaha bersungguh-sungguh dilaksanakan, apatah lagi pihak berkuasa pun sudah mengenal pasti 30 kilang yang dipercayai boleh menyebabkan kejadian berkenaan.

Justeru bertindaklah segera. Dalang perlu diburu sehingga ke lubang cacing. Awang kecewa apabila kejadian itu turut mendapat liputan meluas media asing dan memberi imej tidak baik kepada negara.

Sebab itulah dalam soal menjaga imej negara ini, janganlah asyik melihat perkara yang dikaitkan dengan ahli politik sahaja.

Pencemaran alam sekitar seperti mana berlaku di Pasir Gudang juga boleh memalukan negara kerana ia membuktikan kita tidak pernah belajar daripada sejarah.

AWANG– Sentiasa belajar.