Semua itu gara-gara elaun sara hidup bulanan sebanyak RM800 yang dihentikan sejak Ogos lalu. Mereka menerima elaun itu bermula Ogos 2015 kerana mengikuti program tanaman semula dan sepatutnya berakhir hingga pokok getah mencapai tahap matang dalam tempoh enam tahun.

Masalah terbabit sudah pun diajukan kepada pegawai Felcra di ibu pejabat sebanyak dua kali tetapi belum ada hasil. Kepada siapa lagi mereka nak mengadu? Takkan nak tunggu sampai mati kebuluran baharu nak ambil tindakan?

Awang pun hairan. Saban hari kita disajikan dengan laporan rintihan rakyat marhaen dalam media massa berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Namun semua itu seolah-olah dipandang sepi oleh kerajaan. Tidak pasti sama ada menteri-menteri kita prihatin atau memang tidak mahu ambil tahu langsung tentang nasib rakyat yang hidupnya semakin tertekan.

Ingat-ingatlah sikit, mereka dapat duduk di kerusi empuk itu pun kerana dipilih rakyat.

AWANG – Kantung pun kadang-kadang tinggal syiling.