Tetapi Awang berharap ia akan dilakukan secara berhati-hati dan bukan sekadar mahu menunjukkan kepada rakyat, kerajaan sedang berusaha menurunkan kadar tol seperti mana dijanjikan dalam manifesto pilihan raya.

Berdasarkan pandangan beberapa pakar ekonomi, mereka tidak senang dengan langkah kerajaan mahu mengambil alih lebuh raya tol  kerana ia hanya akan menambah bebanan hutang kerajaan.

Walaupun kerajaan berkata, pengambil alihan itu tidak melibatkan sebarang kos daripada kerajaan, sebaliknya akan dibiayai menerusi kutipan tol tetapi kerajaan sepatutnya tidak harus ambil risiko.

Justeru Awang bersetuju dengan pandangan pakar ekonomi bahawa kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat apakah manfaat yang mereka bakal perolehi jika pengambil alihan itu dilakukan kerana kita bosan mendengar alasan apabila kadar tol terus gagal diturunkan, apatah lagi dihapuskan.

AWANG – Tak suka janji.