Sesuatu yang menarik mengenai Al-Sultan Abdullah adalah baginda mewarisi sifat keprihatinan dan penyayang dimiliki ayahanda baginda yang sanggup mencemar duli demi kesejahteraan serta kebajikan rakyat.

Pengalaman selama 44 tahun sebagai Tengku Mahkota Pahang sejak 1975 dan dua kali sebagai Pemangku Raja Pahang menyaksikan baginda amat mengambil berat tentang hal ehwal rakyat.

Hakikat sejarah yang tidak dapat dinafikan ialah Raja-raja Melayu merupakan pencetus dan menjadi dasar kepada identiti tanah air ini.

Ia telah diambil perhatian dalam proses penggubalan Perlembagaan dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan meletakkan Raja-raja Melayu pada suatu yang tempat yang tinggi dan penting. Yang di-Pertuan Agong pula diangkat sebagai Ketua Utama Negara.

Baginda sebahagian daripada badan perundangan atau Parlimen. Baginda juga diletak hak oleh Perlembagaan Persekutuan dengan kuasa pelaksana atau kuasa eksekutif.

AWANG – Daulat Tuanku.