Bagaimana peranannya sekarang? Menurut Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Nafisah Ahmad, peranan perpustakaan di negara ini masih relevan dan terus berkembang. Diharapkan kenyataan itu bukan sekadar laporan di atas kertas tetapi realiti dalam masyarakat. Kita sedia maklum budaya membaca dalam kalangan masyarakat semakin merosot.

Sejauh mana masyarakat masih memanfaatkan perpustakaan dengan kehadiran maklumat digital dan media sosial? Perpustakaan mungkin menjadi tempat terakhir dikunjungi untuk mencari bahan bacaan atau rujukan tertentu.

Bagi menggalakkan kehadiran masyarakat, PNM perlu me­­ngambil pelbagai langkah untuk melaksanakan transformasi bagi memenuhi keperluan maklumat dalam kalangan masyarakat.

Awang percaya, melalui transformasi, perpustakaan mampu menarik khalayak. Lakukanlah aktiviti yang boleh ‘memancing’ mereka. Jangan jadikan perpustakaan sebagai tempat lambakan buku sebalik­nya lokasi pertemuan, perbincangan dan bertukar pandangan. Perpustakaan biar mesra pengguna, bukannya me­ngenakan syarat yang menyebabkan orang ramai menjauhkan diri.

AWANG – Pernah jadi pengawas perpustakaan.