Sememangnya Awang berpendapat buat masa ini dengan keadaan kos sara hidup kian meningkat dan situasi ekonomi pula dilihat berhadapan begitu banyak cabaran, adalah lebih baik jika tiada pengumuman berhubung sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat lagi.

Awang yakin dengan kewibawaan Saifuddin Nasution dalam membela nasib rakyat. Sebab itulah beliau awal-awal lagi membuat penjelasan tersebut memandangkan sudah ada ura-ura penghapusan had itu akan dilakukan.

Bagaimanapun kita tidak boleh salahkan rakyat yang gelisah jika tersebar berita seumpama itu.

Ini kerana kehidupan mereka kini cukup tertekan dengan keadaan ekonomi yang dilihat terumbang-ambing dan akhirnya boleh menjejaskan mereka.

Justeru, Awang berharap apa pun kerajaan mahu lakukan berkaitan kos sara hidup rakyat, fikirlah dengan semasak-masaknya. Kasihanilah rakyat.

Awang percaya sebagai kerajaan yang berjanji menurunkan kos tersebut, sudah pasti mereka tidak akan membiarkan rakyat sengsara.

AWANG - Semakin berjimat.